Baru-baru ini tular di media apabila pemerintah China dilaporan akan menggunakan kaedah calitán dubur (anal swab) bagi mengenal pasti individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.
Walaupun ramai yang memperkatakan kaedah ini, malah ada juga yang menganggap sebagai bahan jenaka tetapi rupanya ia terbukti berkesan.
Memetik laporan CCTV, pegawai kesihatan melakukan ujian calitan dubur dalam kalangan penduduk di kawasan yang disahkan mencatatkan kes jangkitan Covid-19 di Beijing sejak seminggu yang lalu.
Menurut pakar-pakar perubatan China, mereka bersetuju mengguna pakai kaedah itu kerana :
1. Lebih tepat untuk mengesan kehadiran Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.
2. Virus Covid-19 bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan.
3. Telah terbukti berhasil dengan ujian yang dibuat terhadap penduduk di zon merah di Beijing yang menjalani tempoh kuarantin.
4. Kaedah itu membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu.
5. Kaedah calitan dubur itu juga dapat meningkatkan kadar pengesanan individu yang dijangkiti virus berkenaan.
Bagaimanapun, menurut CCTV, kaedah swab dubur tidak akan dilaksanakan secara meluas seperti kaedah konvensional sedia ada yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Hal tersebut kerana pesakit juga mendakwa kaedah itu dikatakan tidak begitu selesa jika dibanding dengan ujian swab di saluran pernafasan.
Buat masa ini Malaysia, kita masih lagi menggunakan kaedah calitan ditekak dan hidung bagi mengesan individu yang melakukan swab test sama ada positif atau negatif virus Covid-19.
Sumber: Sinar Plus
Artikel Berkaitan:
Rupanya Heliza Helmi & Adik Turut Positif Covid-19, Kongsi Pengalaman Sukar Nak Solat!