Pilih 5 Makanan Ini Untuk Bersahur. Gerenti Rasa Kenyang Sampai Waktu Berbuka!

Share

Nampaknya sudah hampir seminggu kita berpuasa dan rata-rata masih kekal sihat dan aktif di bulan Ramadan ini.

Jika waktu berbuka puasa, tekak kita boleh menerima apa sahaja sajian sama ada yang beli atau masak sendiri.

Tetapi berlainan jika waktu bersahur. Selalunya kita akan pening memikirkan makanan apa yang sesuai dimakan dan paling penting mengenyangkan dan berkhasiat.

Artikel Lain: Berjaya Langsing Lepas 6 Bulan. Wanita Ini Dedah Rahsianya ‘Cut Sugar’ & Konsisten Berlari!

Jadi bagi yang masih tercari-cari menu untuk bersahur, ini lima menu yang berkhasiat, ringkas dan mudah disediakan.

Menu dikongsi ini bukan sahaja mengenyangkan tetapi lebih tahan lama dan boleh menyokong aktiviti harian seperti biasa.

1. OAT

Makanan berasaskan oat sangat digalakkan semasa sahur. Walaupun 100g oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.

Walaupun 100g oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama
Walaupun 100g oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.

2. BISKUT

Biskut adalah makanan kedua yang membantu anda berasa kenyang semasa puasa. Kandungan tenaga setiap biskut adalah berbeza-beza dan biasanya dinyatakan pada bungkusannya.

Contohnya,setiap 100g biskut mengandungi 458 kalori. Protein, lemak dan karbohidrat yang terdapat dalam biskut juga memenuhi keperluan pemakanan semasa puasa.

3. PASTA

Pasta mempunyai kandungan kalori yang cukup tinggi. Pengambilan 100g pasta kering mengandungi 370 kalori yang lebih rendah daripada biskut dan ia juga mengandungi protein serta lemak.

 

Artikel Lain: Amalkan Pantang Cara Tradisional Untuk 5 Anak. Rahsia Ayu Raudhah Maintain Cantik & Langsing!

4. NASI

Nasi adalah makanan harian utama bagi semua orang. Namun hakikatnya ia adalah makanan keempat yang membantu anda kenyang lebih lama walaupun ia dimakan dalam kuantiti yang banyak semasa sahur.

Ia kerana nasi hanya mempunyai kandungan 129 kalori sahaja bagi setiap 100g nasi. Malah, protein dan lemaknya juga sedikit.

5. Mi

Ramai beranggapan mi adalah menu paling senang, cepat dan ringkas disediakan terutamanya pemilihan mi segera. 100g mi mengandungi 340 kalori yang mana lebih tinggi daripada nasi.

Bagaimanapun, ia masih tidak mampu bertahan lama kerana bahan asanya adalah tepung yang juga olahan gula sederhana yang sangat mudah dicerna. Ini membuatkan ada berasa lebih cepat lapar.

Ekstra Info:

Selain 5 makanan tersebut, telur juga pilihan terbaik. Ia mengandungi protein paling lengkap – kira-kira 97 peratus daripadanya boleh diserap oleh badan.

Telur juga mengandungi kolin yang membantu metabolisme dan pusat sistem saraf berfungsi. Ia boleh memakannya dalam pelbagai cara seperti rebus dan goreng.

 

Artikel Lain: Beli Fresh, Sejuk Beku Atau Kering, Wajib Basuh Dulu Kurma Sebelum Makan. Ini Sebabnya!

IKLAN