Pertahan Isteri Jadi Gurauan, Rupanya Jada Hidap Alopecia. Doktor Jelaskan Ini Sebabnya!

Share

Viral baru-baru ini video di mana pelakon Will Smith telah menampar pelawak, Chris Rock kerana mempersendakan isterinya Jada Pinkett-Smith di pentas anugerah berprestij Oscar di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Ternyata sikap gentleman Will Smith mendapat pujian ramai kerana mempertahankan isterinya yang kini berimej botak dari menjadi bahan gurauan di pentas.

Namun sebenarnya jenaka kepala botak yang dikatakan oleh Chris Rock itu ada kena mengena dengan penyakit alopecia yang dialami oleh isteri kesayangan Will Smith ini.

Artikel Lain: Wanita Kongsi Produk Sesuai Atasi Rambut Gugur Sampai Segenggam. Cari Je Di Drugstore!

Apa itu penyakit apolecia dan apakah punca seseorang boleh mengalami masalah ini. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menjelaskan mengenainya.

Alocepia, Penyakit Kepala Botak & Ini Penyebabnya

Sekarang ni, video Will Smith menampar Chris Rock(pelawak) semasa di pentas majlis Oscar berlangsung, sedang tular di media sosial. 

Ini terjadi kerana Chris berjenaka tentang kepala botak Jada Pinkett(isteri Will). Jada sebenarnya berkepala botak kerana mengalami alopecia

Alopecia tu apa pula?
Alopecia adalah kondisi di mana seseorang itu mempuyai masalah kehilangan rambut (atau bulu). Antara puncanya adalah:

– Stress
– Keturunan
– Hormon
– Jangkitan (kulat/bakteria)
– Masalah imun / ekzema
– Malnutrisi(kurang zat)

Adakah alopecia ni masalah yang kekal? Jika tidak kekal, apa rawatan yang ada untuk merawatnya? 

– Pengurusan stress : susun masa, cukupkan rehat, pengawalan emosi dan gaya hidup. 


– Hentikan pengambilan steroid anabolik (jika ada menggunakannya)
– Pengambilan diet yang lebih seimbang dan teratur. Kurangkan makanan ringan.
– Jika puncanya jangkitan kulat di kulit kepala, ubatnya antifungal. Jika bakteria, antibiotik.
– Jika berpunca dari masalah autoimmune maka perlukan ubat mengawal respon imuniti.

 

(Photo by Kevin Mazur/WireImage)

Artikel Lain: Pernah Alami Masalah Keguguran Yang Teruk, Wanita Ini Kongsi Syampu Sesuai Lebatkan Semula Rambut

Andai kata dah cuba buat yang di atas ni, tapi tak ada perubahan, maka bincang dengan doktor tentang:
– Minoxidil 5%: serum
– Fenesteride: pil
– dan lain-lain 
*Fenesteride biasa diberi pada pesakit lelaki sahaja.Ubat² ini perlu pengambilan berterusan untuk menampakkan hasil.
Andai kata rawatan dengan ubat masih tak mampu dapatkan hasil yang diharapkan, maka pilihan terakhir adalah :
– Hair transplant:(tanam rambut)


Doktor ambil rambut dekat kawasan yang tak botak, dan pindahkan(tanam) di kawasan yang botak. Maknanya guna rambut sendiri sahaja.

Kesimpulannya, ia masalah yang mempunyai pelbagai punca, dan bukan sekadar menjejaskan penampilan fizikal. Ia boleh mengganggu emosi dan keyakinan disi seseorang yang mengalaminya.

Maka, ia topik yang agak sensitif untuk dijadikan bahan lawak di majlis siaran langsung. 

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Penafian: saya tak menyokong apa-apa bentuk keganasan.

Artikel Lain: Lepas Try & Error, Wanita Kongsi Produk Bersesuaian Atasi Rambut Gugur Hampir Segenggam

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman