Satu ketika dulu pernah viral kisah gadis ini yang berusaha untuk menurunkan berat badannya.
Perjalanan diet Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau mesra dipanggil Wani Comel sangat mencabar apabila dikatakan ada terpalit sedikit kontroversi dengan seorang usahawan kosmetik.
Namun begitu siapa sangka dia mengalami berat badan mencecah hampir 300 kilogram (kg) dikhabarkan sudah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Pemergian gadis itu juga dilaporkan pada hari yang sama dengan sahabat baiknya iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah.
Menerusi perkongsian di Instagram @wanicomel20, Wani Comel telah disahkan kembali ke rahmatullah pada jam 9 malam tadi akibat Covid-19.
Manakala rakannya, Putri Nur Rabiatul meninggal dunia pada hari yang sama kira-kira pukul 4.40 pagi semalam akibat jangkitan yang sama.
Posting tersebut dikongsi oleh ibu kepada Putri Nur Rabiatul memuat naik satu hantaran memaklumkan tentang perkara itu.
“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9 malam tarikh 18 Ogos 2021.
“Wani pergi dihari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan Covid-19.
“Allahuakbar, Allahuakbar, sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi dihari yang sama.
“Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,” tulisnya.
Menurut wanita itu, dua insan sahabat baik itu sangat akrab.
“ALLAh lebih menyayangi mereka berdua. Betapa rapatnya mereka berdua sehinggakan waktu sakit juga mereka bersama mengharunginya,” ujarnya
Untuk makluman Wani yang juga aktif dalam aktiviti kebajikan dengan menjadi sukarelawan, sebelum ini telah menerima suntikan dos pertama pada 23 Julai lalu.
Menurut Mstar penjaga kepada arwah Wani, Muhammad Shah Rovinderjit, Wani kemudiannya dijangkiti wabak itu selepas sehari menerima suntikan dos kedua pada 13 Ogos lalu.
Manakala sahabatnya pula disahkan positif selepas empathie hait menerima suntikan vaksin dos kedua pada 8 Ogos lalu. Kedua-duanya menjalani kuarantin dirumah sahaja.
Wani meninggl dunia di rumah sekitar jam 9 malam, şemalar (Rabu), Manakala rakannya pula meninggal di Hospital Putrajaya pukul 4 petang hari yang sama.
Salam takziah untuk keluarga dua sahabat baik ini dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Artikel Berkaitan:
Sembuh Dari Covid-19, Dr Ezani Masterchef Kongsi Survival Kit Perlu Ada Sepanjang Kuarantin Di Rumah
Pentingnya Tahu Timeline Covid-19 Waktu Kuarantin Di Rumah. Kalau Tak Jaga Boleh Bawa Maut!