Penyakit Jilatan Jin, Gatalnya Sedap Bila Digaru. Lepas 24 Jam Tak Baik, Doktor Nasihat Buat Ini! Pernah atau tidak anda berdepan dengan masalah ruam kemerahan yang berbintik-bintik atau bertompok kecil di kawasan tertentu.
Ada kalanya rasa gatal yang menyucuk menyebabkan gatal tangan untuk menggarunya. Makin lama digaru makin sedap sampai tidak sedar boleh mencederakan diri.
Artikel Lain: Genetik Punca Lambat Kurus. Fasha Sandha Nekad Tak Sentuh Nasi 2 Minggu & Workout, Hasilnya Berat Turun!
Ada macam-macam nama untuk menyebut penyakit ini. Dalam perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan memberitahu penyakit jilatan jin atau ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik.
PENYAKIT JILATAN JIN
Ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik. Nama-nama yang biasa digunakan selain daripada jilat/ludah jin adalah:
◾B. Melayu: gegata, kelopak garam
◾B. Inggeris: wheals, hives
◾Perubatan: urticaria
Alahan adalah reaksi tubuh terhadap allergen, atau bahan alah yang merangsang tubuh menghasilkan histamine. Histamin inilah yang menghasilkan gejala-gejalan alahan.
Gejala alahan yang lazim adalah urticaria, diikuti dengan semput, bengkak dan pengsan akibat tekanan darah rendah.
Urticaria selalunya ruam yang timbul dan leper (bintat), berwarna kemerah-merahan, dan gatal. Gatalnya selalu digambarkan sebagai merenyam atau miang, dan sedap bila digaru.
Jika alahan tidak serius, urticaria akan hilang sendiri dalam masa 24 jam, namun jika ragu-ragu anda digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Artikel Lain: Minum Rebusan Air Daun Pandan, Boleh Hilangkan Bau Badan & Pelbagai Khasiat Lain
Rawatan urticaria:
◾Antihistamine (hilangkan gatal)
— Contoh: chlorpheniramine, cetirizine, loratadine
— Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi
◾Losyen/krim (hilangkan kerengsaan)
— Contoh: calamine, pramoxine
— Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi
◾Steroid pil atau suntikan (jika alahan teruk)
— Contoh: prednisolone, betamethasone
— Perlukan preskripsi doktor
Jika alahan kerap berulang dan alergen tidak dapat dikenalpasti, doktor mungkin merujuk anda kepada pakar kulit untuk ujian alergi untuk mengenal pasti punca alergi.
Mengenal pasti alergen bukan perkara mudah kerana setiap orang alah kepada benda berlainan, mungkin sesuatu yang dimakan, dihidu, bersentuh dengan kulit/mukosa, sengatan haiwan, sinaran matahari atau suhu sejuk.
Doktor pakar akan cadangkan ubat sesuai dengan keadaan pesakit. Walaupun urticaria ini digelar jilat/ludah jin, ia bukan akibat perbuatan jin. Ia berlaku akibat kita terdedah kepada alergen. Mungkin kita kena ubah namanya kepada jilat/ludah alergen.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
#notakesihatandrkamarul
Artikel Lain: Lewat Usia 40an Mampu Naik Motor, Menyelam & Tunggang Kuda. Rahsia Fauziah Latiff Kekal Cantik & Fit!