Pentingnya Tahu Timeline Covid-19 Waktu Kuarantin Di Rumah. Kalau Tak Jaga Boleh Bawa Maut!

Share

Nampaknya kes terbaru jangkitan virus Covid-19 masih lagi tinggi hingga telah melebihi angka 20 ribu sehari. Dan kebanyakan pesakit positif adalah mereka yang berada dalam tahap satu dan dua.

Bagi mereka yang positif di tahap satu dan dua hanya dinasihatkan agar kuarantin di rumah. Walaupun hanya kuarantin di rumah, ada beberapa perkara perlu diambil kita.

Melalui seorang pemerhatian, wanita ini Khairiah Yazid yang juga bekerja sebagai Penyelidik memberitahu beberapa simptom yang boleh dikenal pasti sebelum jangkitan ini jadi lebih serius.

Menurut wanita ini dia bukan seorang doktor tetapi berkongsi info berkaitan pemerhatian yang dilakukannya.

Dia menasihatkan agar menjaga timeline Covid-19 jika kuarantin di rumah bermula pada hari pertama, apabila virus mula masuk.

JAGA TIMELINE COVID(jika di kuarantin di rumah)

Menurutnya kena catat simptom dari hari pertama kuarantin dan ini yang berlaku dari hari pertama hingga ke lima

Catat simptom start pada hari pertama. Kebiasaan, jika orang yang sihat di jangkiti

Day 1
Virus enter body

Day 2-3
Virus start replicate

Day 4-5
Increase number of virus in the body

Virus berada dalam badan akan memberi signal kepada sistem imuniti untuk melakukan kerja, ibarat menyerang virus dan bertindak hapuskannya

Apabila virus dalam kadar yang banyak berada di dalam badan, cytokine (satu jenis hormon imuniti) akan bertindak memberi signal kepada sistem imuniti mula melakukan kerja.Pada waktu ini, antibodi akan di kerah keluar berperang, kenal pasti virus, seterus nya akan menyerang virus dan bertindak menghapuskan virus.

Akan berlaku peperangan antara antibodi dan virus di dalam badan. Biasanya, badan akan menunjukkan simptom awal seperti demam, batuk atau lain-lain.

Jika hanya alami demam atau batuk dan simptin tidak begitu teruk pada tahap satu dan dua. Tetapi jangan sampai ke tahap tiga atau empat

Biasanya, demam akan hilang selepas satu atau dua hari, 60-70% orang yang sihat hanya mengalami simptom yang tidak teruk(TAHAP SATU ATAU DUA).

Tetapi jika ada sebarang simptom berlaku selepas simptom awal seperti demam berulang dengan suhu badan yang tinggi , batuk bertambah teruk, bacaan oksigen di bawah paras 95%, atau berasa sesak nafas,ini menunjukkan akan berlaku perubahan dari tahap dua ke tahap tiga atau empat.NAUZUBILLAH

Jika itu berlaku terus dapatkan rawatan di hospital kerana kemungkina akan berlaku ‘cytokine storm dan apa akan berlaku selepas itu

Jika ini berlaku, di nasihatkan jangan panik sebaliknya TERUS DAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL. Jika lambat mendapatkan rawatan, ada kemungkinan akan berlaku satu keadaan di namakan ‘cytokine storm’.

AWAS, ini merupakan period agak kritikal. ‘Cytokine storm’ berlaku di mana
imunti badan menjadi over drive, sistem imuniti bukan sahaja membunuh virus, tetapi cell-cell sihat juga akan terkorban.

Jika ini berlaku, keadaan hyper inflammation boleh berlaku dan akan menyumbang kepada keradangan paru-paru yang teruk( Acute respiratory distress syndrome). Keadaan boleh menjadi lebih buruk jika melibatkan kerosakan organ dalaman, dan ini boleh menyebabkan kematian.

Jadi sentiasalah berhati-hati dengan simptom awal seperti demam panas berulang, batuk atau sesak nafas

Jadi sentiasa waspada dan peka dengan sebarang perubahan selepas simptom awal seperti demam panas berulang, batuk yang teruk, atau sesak nafas. Ini menunjukkan paru paru tidak berfungsi dengan normal. Perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

*penulis bukan medical doktor
summary di atas berdasarkan bacaan dan pemahaman
Khairiah Yazid

Artikel Berkaitan:

‘Ditidurkan’, Perkataan Paling Menakutkan. Doktor Jelaskan Maksud Kenapa Seseorang Perlu Jalani Proses Ini!

Batuk Teruk Lebih Sejam Tanpa Henti, Simptom Varian Lambda. Lebih Ganas & Mudah Serang Golongan Muda!

Sebiji Pisang, Mampu Beri Tenaga Berpanjangan. Semak Khasiat Lain Untuk Kesihatan Tubuh!

Published by
Siti Zurina Mat Saman