Pegawai Farmasi Jelaskan Jenis Panadol Paling Popular, Kena Tahu Fungsi & Kegunaan. Elak Salah Makan!

Share

Tidak dinafikan panadol merupakan teman setia bagi wanita terutama bila seseorang itu datang bulan.

Tetapi kini ubatan ini menjadi semakin popular sejak program pemberian vaksin berlangsung.

Ini kerana mereka yang mengalami demam (akibat kesan sampingan) disarankan untuk menelan panadol bagi melegakan kesakitan.

Namun begitu, makan panadol ini disarankan selepas pengambilan vaksin bukan sebelum itu.

Ada pelbagai jenis panadol ini dan antara fungí kegunaannya seperti dijelaskan seorang Pegawai Farmasi, Amir Said

di akaun twitternya.

Menurutnya panadol (nama brand) atau paracetamol (PCM) dipanggil acetaminophen di Amerika Syarikat.

Merujuk portal antarabangsa webmd.com, panadol secara amnya digunakan untuk mengubati sakit-sakit ringan sehingga sederhana seperti sakit kepala, senggugut, sakit gigi, sakit belakang, osteoartritis, selesema dan mengurangkan demam.

Berikut beberapa jenis-jenis panadol yang dijual di pasaran, dos yang dicadangkan dan fungsi seperti yang dikongsi Pegawai Farmasi berkenaan untuk kekeliruan.

Menurutnya juga ada juga antara panadol yang tidak sesuai diambil bagi mereka yang mempunyai masalah darah tinggi.

Makan sebelum atau selepas vaksin, ini yang perlu tahu

Tak rokemen ambil sebelum vaksin

Lebih baik ambil selepas cucuk vaksin

Kegunaan Panadol Actifast, tak sesuai untuk yang ada darah tinggi

Jenis Panadol Optizorb, lebih cepat hancur, sesuai untuk yang ada darah tinggi

Panadol Extra, mengandungi PCM 500 gm & Caffeine 65 gm untuk kurangkan sakit yang teramat sangat, contoh sakit kepala, sakit gigi. Tak sesua untuk wanita mengandung

Panadol Soluble untuk yang susah telan ubat tablet, boleh larut dalam air

Panadol Menstrual, untuk yang mengalami senggugut. Ambil 2 biji setiap 4-6 jam sehari

Ini pula untuk panjangkan tempoh penyerapan, Panadol Extend sesuai untuk pesakit kronik

Ada juga antara panadol lain yang tak begitu popular di kalangan kita

Ini maksimum dos perlu diambil sehari

Ingat jenis ini tak sesuai untuk yang ada darah tinggi

Boleh sebabkan darah tinggi menaik, cuba elakkan

Artikel Berkaitan:

“Makan Panadol Lepas Vaksin Bukan Sebelum” – Ahli Kimia Jelaskan Sebabnya & Senaraikan Jenis Panadol

Wanita Kongsi Tip Lenyapkan 18 KG Dalam 6 Bulan. Hasilnya Wajah Terus Jadi Auto Runcing!

“2 Ulas Durian Setiap Hidangan, Kalau Lebih Boleh Jadi Racun. Terutama Penghidap Diabetes …” – Dr Samhan

 

IKLAN