Setelah hampir dua tahun kita berdepan dengan masalah pandemik Covid-19, pelbagai cara dilakukan oleh kerajaan bagi mengekang virus ini daripada terus merebak.
Selain mendapatkan suntikan dos vaksin dan penggalak, rupanya kini kita juga kini sudah menerima kira-kira 48,000 stok ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer bagi merawat jangkitan virus Covid-19.
Perkara ini diberitahu oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman sosial Facebook
baru-baru ini.Menurutnya ubat itu disyorkan bagi rawatan pesakit COVID-19 dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.
“Ia (ubat) juga sesuai untuk golongan usia berkenaan yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk.
“Ubat ini juga bukan bertujuan sebagai pengganti vaksin COVID-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam bagi mengelakkan dijangkiti virus berkenaan,” katanya yang berkata penggunaan ubat Paxlovid adalah satu lagi senjata bagi melawan COVID-19 sebagai ubat antiviral untuk aspek rawatan wabak itu.
“Ubat ini akan diberikan segera selepas seseorang individu dikesan positif COVID-19 dan dalam tempoh lima hari gejala bermula untuk keberkesanan optimum,” katanya lagi.
Dan ini antara info yang perlu diketahui mengenai ubat antiviral Paxlovid sebelum menggunakannya.
Artikel Lain: Mulianya Niat Daphne Iking Mahu Derma Rambut Pada Organisasi Kanser, Tapi Ada Syaratnya