Pastikan Pelitup Muka Bukan Perubatan Dapat Perakuan Sirim, Lebih Selamat Digunakan

Share

Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia termasuk negara kita, pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi melindungi diri dari terkena jangkitan virus ni.

Malah lambakan pelitup muka di pasaran menyebabkan kita boleh membelinya tanpa peduli sama ada produk berkenaan melalui piawaian SIRIM atau tidak.

Malah ramai juga yang memakai pelitup muka bukan perubatan yang dijual secara online kerana harga jauh lebih murah berbanding dijual di farmasi.

Namun selepas ini, kita perlu pastikan sama ada pelitup muka bukan perubatan yang dipakai itu telah disahkan oleh SIRIM atau tidak.

Bermula semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberitahu pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.

KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyebut, penandaan MS SIRIM hendaklah diperoleh pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, iaitu pihak berkuasa yang dilantik kementerian.

Menurut KPDNHEP, pewartaan itu bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Malah dengan adanya penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.

Selain itu KPDHEP juga turut dapat mengatasi masalah isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti dalam pasaran negara akan dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport.

Menurut kementerian itu lagi, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport.

Syarikat yang tidak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.

Bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Boleh beli di sini https://invol.co/cla6u5f

Sumber: Berita Harian

Artikel Lain: Digalakkan Guna Pelitup Muka Jenis N95 & ‘Double Mask’ Elak Jangkitan. Ini Cara Pemakaian Yang Betul!

Published by
Siti Zurina Mat Saman