Penyakit paling ditakuti sekarang selain demam adalah selesema. Jika kita diserang selesema, pasti akan cepat-cepat cari ubat untuk legakannya.
Namun begitu terdapat pelbagai ubat selesema yang dijual di farmasi. Jadi ubat manakah paling sesuai untuk melegakan masalah ini.
Maklum jika kita mengalami sedikit selesema pun, pasti akan di pandang serong teman sebelah disebabkan ia juga merupakn symptoom awal jangkitan virus Covid-19.
Perkongsia dari laman sosial Facebook, APM Farmasi memberitahu apa jenis ubat sesuai boleh dicari di farmasi untuk mengatasi selesema.
Hi. Korang nak dengar cerita tak apa yang berlaku di Farmasi APM Kota Tinggi hari ini?
Ada seorang pakcik ni umur dalam lingkungan 62 tahun, mempunyai darah tinggi dan sakit jantung hadir ke Farmasi APM Kota Tinggi untuk membeli ubat selsema iaitu “Clarinase”. Pakcik tu kata anaknya yang berusia 19 tahun yang tiada masalah kesihatan dan makan ubat “Clarinase” semasa selsema cepat je baik.
So pakcik nak ubat yang sama macam anak pakcik tu. Ok jadi jawapannya, boleh ke tidak? Mestilah tidak sebab “Clarinase” mengandungi “Decongestants” dan tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai darah tinggi kerana “Decongestants” boleh menaikkan lagi darah tinggi pakcik tersebut.
“Decongestants” yang terkandung dalam ubat selsema ini bertujuan untuk membantu mengurangkan hidung tersumbat. Tetapi “Decongestants” ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai darah tinggi, glaucoma, rentak jantung tidak sekata, dan lain lain lagi.
Kalau nak senang, hadir je ke Farmasi APM Kota Tinggi, biar saya yang cadangkan pada anda ubat mana yang sesuai dengan diri anda. Jangan ambil ubat yang tak sesuai dengan tubuh badan anda tau
– En Izz
Pharmacist,
RPh Farmasi APM Kota Tinggi
Ubat selesema berbentuk table untuk hidunk tersumbat (ada decongestant). Ubat ini tidak menyebabkan mengantuk dan antara yang paling popular bagi pesakit sinus.
Ubat selesema jenis syrup untuk hidunk yang berair sahaja (tidak tersumbat) dan ubat ini menyebabkan mengantuk
Sesuai untuk hidung tersumbat (ada decongestants) dan menyebabkan mengantuk.
Sesuai untuk hidung yang berair sahaja (tidak tersumbat) dan ubat ini juga menyebabkan mengantuk.
Bat selesema jenis syrup ini sesuai untuk hidung yang berair sahaja (tidak tersumbat) dan ia tidak menyebabkan mengantuk.
Ubat selesema jenis syrup sesuai untuk hidunk tersumbat (ada decongestant) dan tidak menyebabkan mengantuk juga.
Ubat selesema berbentuk tablet untuk hidunk tersumbat (ada decongestant) dan tidak menyebabkan mengantuk. Ubat ini antara yang popular.
Ubat selesema berbentuk tablet, tidak menyebabkan mengantuk, harga berpatutan dan menjadi kegemaran ramai.
Ubat selesema berbentuk tablet yang tidak terasa mengantuk. Baru di pasaran, keberkesanannya cepat dan tahan 24 jam. Boleh diambil sebelum makan.
Ubat selesema berbentuk tablet untuk hidung tersumbat (ada contestant) menyebabkan mengantuk.
Sesuai untuk hidung yang berair saja (tidak tersumbat) dan menyebabkan mengantuk.
Ubat selesema berbentuk tablet, tidak mengantuk dan harganya berpatutan.
Walau apa apun, sebelum mengambil bubatan ini perlu dapatkan nasihat doktor kerana ubat-ubatan ini bukannyoa sesuai untuk setiap individu.
Malah kena tahu juga ubalen mengandungi decongestant tidak sesuai diambil bagi mereka yang mempunyai darah tinggi kerana boleh menaikkan lagi darah tinggi jika mempunyai penyakit ini.
Artikel Berkaitan:
Angka Kes Virus Omicron Terus Meningkat. Buat 6 Perkara Ini, Elak Jangkitan Risiko Lebih Serius!
Elak Wajah Jadi Tua Dari Usia Sebenar. Ikut 8 Tip Rahsia Awet Muda Tanpa Guna Produk!