Pakar Dietetik Kongsi Panduan Pemakanan, Cara Mudah Jaga Anak Dijangkiti HFMD

Share

Nampaknya kes membabitkan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki & Mulut atau HFMD dilihat makin membimbangkan lebih-lebih lagi selepas pulang beraya baru-baru ini.

Situasi ini menyebabkan penularan jangkitan menjadi lebih cepat dan terdedah pada kanak-kanak kecil ini.

Walaupun begitu, bagi ibu bapa yang berdepan masalah ini tidak perlu terlalu risau da cemas.

Untuk mengelak boleh lakukan pembersihan dengan kerap mencuci tangan di samping sentiasa memantau tahap demam anak setiap masa.

Artikel Lain: Doktor Kongsi 7 Tip Elak Jangkitan Virus Covid-19, Semasa Aktiviti Kunjungan Raya

Dalam pada itu juga, sebagai ibu ayah kita kita juga boleh memantau mereka dari segi pemakanan seperti yang dikongsi oleh Pakar Dietetik, Pn Fizah Sobri

ini.

MUSIM HFMD

Siapa yang kata mama tak jaga memang rasa nak cili je
Sejak kes mommy nampak mommy lain bawa anak yang ada chicken pox jalan jalan ke tesco dalam handbag mama ni tak pernah tak ada hand sanitizer and antibacterial wipes

Takpe biar mulut mereka sedekah pahala dekat mommy, ni tujuan post nak bantu mama lain yang mengalami senasib dengan mama macam mana nak kekalkan anak mama yang kena HFMD ini makan dengan elok walaupun banyak ulser

1. Sediakan minuman berkotak
– Untuk ammar start je diagnosis mama dah siap singgah kedai beli macam macam air kotak yang tinngi zat dan kalori (contoh susu plain,susu soya,susu cokelat,vitagen, fruit juice)
Ni untuk bagi ammar senang nak minum air
* perlu pastikan anak minum air yang secukupnya agar tidak mengalami dehidrasi

2. Standby makanan yang lembut


– Makanan seperti kek, bun, kuih (lapis,kek cokelat kukus, kek pisang, apam) sentiasa ada nak gantikan snek yang biasa ammar makan

3. Sediakan makanan yang memerlukan kurang tenaga atau kerja mengunyah
– Mama banyak masa dari kumpulan noodles (meehoon goreng,mee soup, spaghetti) senang ammar nak makan dan tak banyak mengunyah macam nasi

Artikel Lain: Bila Penyakit Datang, Tekad Diet. Lepas 2 Tahun Pasangan Ini Berjaya Kurus Guna Kaedah Simple!

4. Guna straw
– Bagi anak yang minum susu botol, agak sukar sebab sakit sewaktu minum susu botol tersebut, lagi lagi jika ada ulser dalam mulut.
– boleh tukar kepada straw sebab cara minum guna straw tak begitu sakit banding dengan minum botol

5. Lebihkan makanan/minuman yang sejuk
– Buah lembut yang sejuk
– Susu/yoghurt drink/ jus buah/ susu ibu jadi macam ice cream malaysia
– Pudding/jelly/dadih/agar agar
– Lebih elok makanan yang licin (meehoon/mee/pasta/kuehteow) bukan halus (bubur/oat) sebenarnya sebab makanan halus boleh lekat dekat ‘mata’ ulser

6. TENDER LOVING CARE (TLC)
– Gunakan cuti kuarantin yang ada untuk bagi sepenuh perhatian dekat si kecil yang sakit
– banyak hug, banyak main, dan banyak bergurau agar si manja tak ingat kesakitan yang dia ada

Untuk mommies lain di luar sana yang anak sedang atau pernah mengalami HFMD
Harap tips tersebut boleh membantu
Sekian
#dietitianfizah #hfmd #anaksakit
Mommy AH kuasa 2

Artikel Lain: Silap Pakai Boleh Ada Masalah Jerawat Nanah. Pakar Kulit Kongsi Jenis Pelembap Sesuai!

Published by
Siti Zurina Mat Saman