Ramai yang pakai bengkung sebab niat nak kurus dan mungkin juga nak sorok lelemak yang ada di sekitar tubuh badan. Barulah nampak cantik terletak!
Selalunya, pakai bengkung bila lepas bersalin dan lepas itu sambung pakai yang yang moden. Dengan harapan badan kurus dan langsing. Sampaikan sanggup berhabis duit untuk beli bengkung yang harga beratus ringgit dan ada juga beribu-ribu ringgit.
Ini pendapat daripada Dr Say tentnag pemakaian bengkung. Jangan ingat, pakai bengkung untuk kurus tapi sebenarnya nak sorok lemak yang melekat kat badan.
Antara ulasan Dr Say dalam intagramnya tentang bengkung.
Memandangkan ramai bertanya mengenai ni so here goes, NAK PAKAI OKAY TAPI TAK ADA FUNCTION SEKIRANYA PAKAI DENGAN HARAPAN UNTUK KURUS.
“Eh kenapa pulak doc? Saya tengok Sujut & Shushi pakai slim je?”.
Well Sujut dan Shushi slim sebab depa jaga pemakanan dan buat senaman maka slim lah mereka. Saya bagi contoh kalau saya post story hari2-hari, saya gi workoutdan makan sihat-sihat.
Lepas itu, saya buat SATU POST transformation dari badan bapak-bapak jadi badan adik-adik dengan topik “Fat Burner Mencairkan Badan Kebapakan Saya”. Agak-agak anda beli tak fat burner tu?
Saya gerenti 100% anda beli. Padahal story saya hari-hari dah menunjukkan kegigihan saya tapi in the end, anda ambil yang SATU POST tu je. Kita dah di train untuk cari SHORTCUT walhal yang longcut tu kita tapis buang.
“Jadi apa yang okaynya pakai bengkung ni doc?”
Okaynya hanyalah sekadar menyorok lebihan lemak pada badan anda sekiranya anda ada function nak pakai kebaya ke, dress ke ITU SAHAJA. Tapi kalau nak kerengga, nak hour glass pakai la 24 jam pun takkan nampak hasilnya.
“Dah tu macam mana doc?”
Anda tau dah jawapannya cuma macam saya cerita otak kita tapis buang dah benda tu yakni EAT HEALTHILY, EXERCISE REGULARLY & THINK POSITIVELY.
Jadi, daripada anda bazir duit beli bekung tu apa kata beli sayur-sayurandan buah-buahan segar kan lebih bagus. There is no shortcut in losing weight.
Ini juga termasuk pakai bengkung lepas bersalin untuk slimming, TAK ADA FUNCTION JUGA.Rahim memang akan mengecut dengan sendirinya dalam tempoh 6 minggu lepas bersalin maka tak payah berbelit-belit kat pagar macam mummy.
P/S : Ini tali pinggang untuk jaga lower back semasa heavy lifting, bukan untuk jadi kerengga.
Sumber: Dr Say (instagram)