Kesihatan

Nora Ariffin Sesak Nafas Dan Dimasukkan ICU, Suaminya Mohon Doa Ikhlas

Share

Baru-baru ini penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin atau Wan Noraafiza kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Selangor.

Menurut portal Astro Awani, Nora dimasukkan ke ICU berkenaan pada Ahad lalu.

Nora Ariffin Sesak Nafas

Dan suami kepada Nora, Dr Rushdi Ramli, menyatakan isterinya dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas.

“Mohan doa ikhlas dari semua,”

kata Rushdi dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan sebentar tadi.

Difahamkan penyanyi berusia 50 itu dimasukkan ke hospital berkenaan beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas sekitar pukul 4 pagi Ahad.

Apa pun, Rapi doakan moga Nora diberi kesembuhan dan cepat pulang ke pangkuan suami serta anak-anak tersayang.

 

Published by
Nadia