Nak Kurus Cepat, Ini Menu Diet Untuk Seminggu Boleh Diamalkan. Siap Boleh Makan 6 Kali Sehari!

Share

Bagi yang mengalami kenaikan berat badan dan berazam untuk kurus, faktor pemakanan sangat penting selain amalan senaman yang konsisten.

Namun ramai yang tersasar bab makan ini dan mengambil apa saja untuk diet kerana tidak tahu panduan pemakanan yang betul.

Di sini dikongsikan panduan pemakanan yang boleh diambil untuk seminggu. Jika kita ikut apa yang dicadangkan tidak mustahilnya akan kelihatan lebih cepat.

Cadangan Menu Diet Seminggu

ISNIN (Ala Barat)

Sarapan
2-3 keping sandwich tuna + 1 gelas jus cranberry

Makan Pagi
3-4 keping scone kurma

Makan Tengahari
1 pinggan spaghetti carbonara (seafood) + 1 gelas jus beetroot

Minum Petang
2 biji blueberry & muffin oat kismis + 1 gelas air suam

Makan Malam
1 pinggan nasi + 2 keping chicken marmite + 1 mangkuk caesar salad + 1 gelas jus epal

Minum Malam
1 gelas susu soya kurang gula + 3 keping biskut oats

Kredit: Pexel.com

SELASA (Ala Cina)

Sarapan
1 pinggan kuew teow goreng lala bersama sos kicap + 1 gelas susu soya kurang manis

Makan Pagi
2 biji steam pau (inti ayam) + 1 cawan air putih

Makan Tengahari
1 pinggan nasi putih kukus + daging masak stew + bok choy dengan sos tiram + 1 gelas air putih

Minum Petang
2-3 keping popia daging + 1 gelas jus oren

Makan Malam
Claypot Loh Shu Fun + 1 gelas limau ais

Minum Malam
1-2 biji mantou kacang merah + 1 gelas air susu rendah lemak

Kredit: Pinterest

RABU (Masakan Melayu)

Sarapan
2 keping roti bakar telur bersama cheese leleh + 1 gelas jus oren

Minum Pagi
1 mangkuk kecil buah-buahan kering + 1 gelas air putih

Makan Tengahari
1 pinggan nasi putih + 1 mangkuk tomyam kung seafood + 1 cawan sayur campur + 1 gelas jus mangga

Minum Petang
1 gelas jus kurma + 3 keping popia daging

Makan Malam
1 pinggan nasi putih + 3-4 sudu sambal kerang + 3-4 sudu tempe goreng + 1 mangkuk sayur bayam rebus + 1 gelas air putih

Kredit: Pexel.com

KHAMIS (Ala Barat)

Sarapan
2-3 keping burrito + 1 gelas jus buah naga + epal hijau

Minum Pagi
1 cawan bluberry dan yogurt buah-buahan kering (dried fruits yogurt) + 1 gelas air suam

Makan Tengahari
1 pinggan salmon panggang bersama kentang dan lemon + sos oren + 1 mangkuk kecil asparagus tumis dengan minyak zaitun + 1 gelas jus prun

Minum Petang
2-3 keping digestive biscuits

+ ½ biji jambu batu + 1 cawan teh madu

Makan Malam
Spaghetti bebola daging dan brokoli kukus + 1 gelas jus epal

JUMAAT (Ala Cina)

Sarapan
Nasi ayam Hainan + 1 gelas air soya kurang gula

Minum Pagi
2-3 keping siew pau (inti daging) + 1 cawan air suam

Makan Tengahari
Nasi kukus + tofu stim bersama ikan masak halia + bok choy goreng bersama minyak zaitun + 1 gelas jus epal dan lobak merah

Minum Petang
3 keping wantan (init daging) goreng + 1 gelas air suam

Makan Malam
Nasi kukus + chicken schezuan style + tofu dengan lada benggala dan sos kacang hitam + 1 gelas jus laici dan asam boi

Minum Malam
3 sudu oatmeal + snek buahan kering (kismis, aprikot, prun) + 1 gelas susu rendah lemak

Kredit: Pinterest

SABTU (Ala Indian)

Sarapan
2-3 keping puri + kuah kari dhal + 1 gelas susu lembu segar

Minum Pagi
2 keping vadai + 1 gelas air suam

Makan Tengahari
Nasi putih (parboiled rice) + rasam + kambing varuval + sayur parupu + sayur avial (sayur campur masak santan masala) + 1 gelas jus lemon bersama daun pudina

Minum Petang
2 keping karipap sardin + 1 cawan minuman soya

Makan Malam
1 keping chapatti + ½ cawan Indian spice red lentil soups

+ 2-3 sudu kari kambing + 1 gelas jus pisang susu

Minum Malam
1 cawan kacang kuda berempah + 1 gelas air suam

AHAD (Masakan Melayu)

Sarapan
1 pinggan nasi goreng seafood + 1 gelas air limau

Minum Pagi
4 keping biskut tinggi zat besi (hi-iron biscuits) + ½ biji jambu batu + 1 gelas air masak

Makan Tengahari
1 pinggan nasi putih + 2-3 keping hati masak sambal hijau + 1 mangkuk sup bayam dengan ikan bilis + 1 gelas barli lemon

Minum Petang
2-3 keping sandwich sardin + 1 gelas air suam

Makan Malam
1 pinggan nasi putih + 2-3 keping tempe goreng + 2-3 sudu seafood paprika + ½ mangkuk sayur campur + 1 gelas air laici

Kredit: Pexel.com

Info: Setiap menu harian membekalkan >10mg/sehari (RDA MALAYSIA)

Dietitik: NOR FAZILAH MOHD BAJURI, Sentosa Specialist Hospital, Klang

Artikel Berkaitan:

Diet Cara Sihat Guna ‘Air Fryer’, Tapi Elak 5 Kesalahan Ini Setiap Kali Gunakannya

Buat Hanya Suka-Suka Tapi Hasilnya Memang Wow. Gadis Ini Kongsi 5 Tip Diet Mudah Berjaya Lenyapkan 44 Kg!

 

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman