Minuman Diet Bergas ‘0’ Kalori Jadi Pilihan Sebab Sihat. Ini Penjelasan ‘Gula Tersembunyi’ Ramai Tak Tahu!

Jika kita terasa haus terutama di musim panas, pilihan paling senang untuk menghilangkan dahaga adalah menguk miniman gas atau barsoda.

Rasanya yang manis dan sedap membuatkan rasa dahaga akan cepat hilang.

Namun tahukan kita sebenarnya dalam satu tin minuma bersoda ini sebenarnya mempunyai sembilan sudu besar gula di dalamnya.

Perkara ini dijelaskan oeh Pensyarah Quest International University, Dr. Maisara Shahrom Raja Shahrom dalam perkongsian di laman sosial Facebook melaui Grup Sembang Science.

DIET BERSODA? KOSONG KALORI?

Minuman bergas (bersoda) memang tidak asing kerana ianya menjadi pilihan utama kita terutama semasa makan di restoran makanan segera.

Tetapi tahukah anda bahawa satu tin (300 ml) minuman bersoda ini, terdapat sembilan sudu besar gula di dalamnya? 

Namun, terdapat juga minuman “diet bersoda” dengan kosong kalori sekaligus memberi tanggapan yang baik terhadap diet bersoda ini.

Gambar sekadar hiasan.

Namun adakah minuman diet bersoda ini benar-benar sihat kerana tiada kandungan gula dan kalori

Walaubagaimanapun, adakah minuman diet bersoda ini benar-benar sihat kerana tiada gula dan kalori?

Untuk minuman diet bersoda ini, mereka menggunakan pemanis tiruan (gula sintetik) yang kini sering dikaitkan dengan obesiti dan diabetis.

Pemanis tiruan ini mampu memberikan rasa yang lebih manis daripada gula putih dalam jumlah sedikit. Terdapat pelbagai jenis pemanis tiruan yang sering digunakan di dalam makanan seperti Aspartame, Sakarin, Sucralose, dll.)

Mengapa pemanis tiruan ini bebas kalori?

Ini kerana pemanis tiruan ini tidak dipecahkan semasa pencernaan ke dalam gula semulajadi seperti glukosa, fruktosa dan galaktosa, yang kemudiannya digunakan untuk tenaga atau diubah menjadi lemak.

Ini berbeza dengan pemanis tiruan kerana mereka tidak ditukar kepada kalori. Contohnya, aspartame yang menjalani proses metabolik yang berbeza yang tidak menghasilkan gula mudah.

Contoh lain seperti sakarin dan sucralose yang tidak dipecahkan sama sekali tetapi terus diserap ke dalam aliran darah dan diekskresikan melalui air kencing.

Gambar sekadar hiasan.

Sebenarnya pengambilan kandungan pemanis di dalamnya akan menyebabkan badan gagal mengawal pengambilan kalori dan mengakibatkan obesiti.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk mengamalkan diet bersoda. Ini kerana, pemanis ini dapat mengubah proses metabolik yang sihat dengan cara lain, khususnya dalam usus.

Pemanis tiruan, seperti sakarin dapat menukar jenis dan fungsi mikrobiotik usus dan komuniti mikroorganisma yang hidup di dalam usus. Aspartame pula mampu mengurangkan aktiviti enzim usus yang biasanya melindungi usus daripada diabetes jenis 2.

Kajian lain juga mendapati pengambilan satu tin diet bersoda sehari secara berterusan boleh menganggu metabolisme sekaligus menyumbang kepada pengumpulan lemak dan menyumbang kepada penyakit jantung. Pemanis tiruan ini juga menyebabkan badan gagal mengawal pengambilan kalori seterusnya menyebabkan obesiti.

Walaupun terdapat banyak kontroversi kesan gula tiruan ini, ianya tidak menjadi masalah jika diambil secara sederhana dan tidak berlebihan.

Artikel Berkaitan:

Nak Kurus Cepat, Ini Menu Diet Untuk Seminggu Boleh Diamalkan. Siap Boleh Makan 6 Kali Sehari!

Kajian Kata Skip Breakfast Berisiko Dapat Sakit Jantung & Ini Sarapan Pagi Boleh Diambil Setiap Hari

Siti Zurina Mat Saman

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan