Minum Kopi Boleh Kurangkan Rasa Penat, Tapi Pakar Nutrisi Pesan Jangan Ambil Berlebihan. Ini Bahaya Perlu Tahu!

Share

Rupanya 1 Oktober lalu merupakan sambutan hari kopi sedunia. Minuman ini memang menjadi kegemaran penggemarnya di seluruh dunia.

Tidak kiralah kopi jenis apa diambil, apa yang penting setiap kali menghirup kopi ini seakan memberi seribu ketenangan.

Ayuh ikuti kebaikan kopi menurutnya perkongsian Syaza Nutritionist sempena Hari Kopi Sedunia.

Tahu tak hari ni merupakan Hari Kopi Sedunia?

Kopi ni bukan hanya famous di Malaysia, ia juga terkenal di seluruh dunia.

Sebenarnya kebaikan kopi ni ada banyak, tapi hari ini saya nak tekankan 3 sahaja tentang kebaikan kopi yang saya rasa boleh membuka minda setiap penggemar kopi “o” tanpa tambahan gula, sweetener dan creamer.

1. Kopi membantu meningkatkan tenaga dan menjadikan kita lebih fokus.

Kandungan caffein yang ada dalam kopi sangat membantu memberikan tenaga segera dan mengurangkan rasa penat. Ia akan meningkatkan kadar dopamine dalam badan.

Selain itu, kajian juga menunjukkan kopi dapat membantu meningkatkan fungsi otak termasuk memori, mood, rasa segar dan baik untuk fungsi mental.

2. Kopi juga sangat terkenal dalam kalangan orang yang nak turunkan berat badan.

Yes memang betul caffein memang dijumpai dalam kebanyakan “fat-burner” supplement. Ia merupakan salah satu kandungan semulajadi yang terbukti membantu proses pembakaran lemak.

Selain itu, banyak juga kajian yang menunjukkan kesan caffein boleh meningkatkan kadar metabolism sebanyak 3-11%.

3. Kopi membekalkan kadar antioksidan yang sangat impressive.

Apa yang menariknya tentang kopi ni, ia boleh membekalkan antioksidan yang baik. Tapi kalau nak dapat manfaat yang lebih baik pastikan cukup pengambilan sayur dan buah dan jadikan kopi sebagai minum petang atau pre workout drink

Walaubagaimanapun, pengambilan kopi tidak boleh diambil secara berlebihan, sebab jika kadar caffein terlalu tinggi ia akan menyebabkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, anxiety dan insomnia.

Jadi apa-apa pon ambillah secara bersederhana.

Semoga bermanfaat!

#syazanutritionist

#pakarpemakananwanita

#jomsayheart

Artikel Berkaitan:

Pakar Kimia Jelaskan Monosodium Glutamat (MSG) Bahaya Untuk Kesihatan Hanya Mitos

Legakan Masalah Hidung Sumbat & Batuk Guna Campuran Lemon, Cengkih & Madu. Cara Lebih Jimat & Selamat!

Sebelum Pilih Aktiviti ‘Jump Rope’, Kenal Pasti Jenis Tali Untuk Hasil Senaman Berbeza

Published by
Siti Zurina Mat Saman