Baru-baru ini tular tentang kesan minum kolagen yang didakwa mampu mengaktifkan sel kanser sedia ada yang terdapat dalam badan seseorang.
Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita pengguna TikTok @adzrinadzhar yang memuat naik video menceritakan tentang dirinya yang didiagnosis dengan penyakit kanser ovari setelah sebulan sakit disebabkan pengambilan suplemen kolagen untuk memutihkan kulit.
Menurut akhbar Kosmo!, sehingga kini video tersebut telah berjaya meraih tontonan sebanyak 1.1 juta kali, mendapat 58,400 tanda suka dan dikongsi semula sebanyak 7,967 kali.
Agak menggangu fikiran bagi yang memang setia dengan pengambilan kolagen, ini pengakuan yang dibuat oleh wanita tersebut.
“Saya minum kolagen putihkan kulit, tetapi tidak mahu sebut jenama apa. Kolagen itu yang mengaktifkan kanser saya. Badan kita tidak memerlukan kolagen tambahan yang berjuta-juta pun sebenarnya.”
Akibat Ambil Kolagen
Apa yang lebih mengejutkan, di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti wanita tersebut gara-gara pengambilan kolagen.
“Saya pernah ambil kolagen dan setelah dua bulan, fibroid yang ada pada tiroid saya membesar. Lepas saya stop, kembali susut. Masih ada, cuma tak besar,” komen seorang wanita.
Komen lain yang menakutkan, ada yang sampai disahkan kena cyst.
“Saya kena ‘ovarian cyst’ dan pecah lepas sebulan lebih minum produk pemutih kulit yang ada kolagen. Nasib baik dapat diselamatkan, jadi sebagai langkah berjaga-jaga elakkan ambil suplemen yang mengandungi kolagen,”
jelas seorang lagi wanita di ruangan komen.Sehingga kini video tersebut masih dikongsikan oleh orang ramai dan menjadi tanda tanya bagi pihak yang suka mengamalkan minuman kolagen dalam gaya hidupnya.