Menteri Kesihatan Gesa Penerima Sinovac Dapatkan Dos Penggalak, Elak Hilang Status Lengkap

Share

Seperti yang kita tahu, hampir 2 juta penerima Sinovac masih belum menerima lagi dos penggalak.

Dan mereka ini diunjurkan berisiko untuk hilang status vaksinasi lengkap pada 1 April menurut kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Khairy jamaluddin Abu Bakar.

Artikel Lain: Keutamaan Dos Ketiga Untuk Golongan Berisiko. Ini 5 Fakta Suntikan Penggalak Dr Malar, Perlu Hadam!

Dalam tempoh berbaki seminggu lagi menjelang 1 April, beliau menggesa semua penerima vaksin Sinovac untuk untuk segera mendapatkan dos penggalak untuk mengekalkan status lengkap vaksinasi masing-masing.

“Berdasarkan data terkini, seramai 2.09 juta penerima dos primer vaksin Sinovac belum menerima dos penggalak.

“Untuk tempoh seminggu lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan mungkin akan ada dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang berisiko untuk hilang status lengkap vaksinasi mereka pada 1 April,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika ditanya unjuran KKM mengenai jumlah penerima dua dos vaksin Sinovac yang bakal kehilangan status lengkap vaksinasi kerana enggan mendapatkan dos penggalak.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan keperluan untuk penerima vaksin Sinovac mendapatkan dos penggalak bukan sahaja untuk memudahkan urusan seharian di Malaysia, sebaliknya ia turut menjadi keperluan beberapa negara luar seperti Singapura.

“Saya ada bincang perkara ini dengan Menteri Kesihatan Singapura, dan Singapura juga menetapkan status lengkap vaksinasi untuk penerima Sinovac adalah tiga dos,” katanya.

Pada 7 Februari lalu, Khairy dilaporkan berkata, semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.

Bagaimanapun, Khairy kemudian mengumumkan tempoh itu dilanjutkan sehingga 31 Mac.

Sumber: Berita Harian

Artikel Lain: Campuran Jus Limau Nipis & Garam, Petua Tradisional Putihkan Gigi, Segarkan Nafas

Published by
Siti Zurina Mat Saman