Mentega Kacang Tercemar Salmonella, KKM Minta Tarik Balik Produk Di Pasaran

Share

Untuk tujuan keselamatan, semua pengimport mentega kacang JIF digesa menarik balik produk berkenaan dari pasaran.

Pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) mendedahkan produk berkenaan merupakan barangan import ke negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, KKM mendapati produk berkenaan dikhuatiri tercemar dengan bakteria salmonella melalui notifikasi daripada International Food Safety Authorities Network (INFOSAN).

Artikel Lain: Nyawa 3 Anak Hampir Melayang, Gara-Gara Terhidu Kebocoran Gas Monoksida Tengah Tidur

“Notis tersebut menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA ) mengarahkan penarikan semula mentega kacang Jif yang dijangkiti Salmonella dengan nombor kumpulan 1274425 sehingga 21404425, dengan 425 di nombor digit terakhir 425, kerana telah tercemar dengan bakteria Salmonella.

“Mentega kacang tersebut telah diedarkan ke beberapa negara termasuk Kanada, Thailang, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan Malaysia,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham.

Tambahan lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), akan terus memantau semua kumpulan barang terlibat melalui pintu masuk ke Malaysia.

Artikel Lain: Kulit Jadi Hitam & Menggerutu Sebab Ochronosis, Kesan Guna Produk Pemutihan Ada Racun Berjadual

Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menjangkiti daging, telur, buah-buahan, sayur-sayur-sayuran dan makanan yang diproses yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang telah diproses, jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna.

Sebarang maklumat atau kemusykilan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau menyalurkannya melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Sumber: Awani

Artikel Lain: Tak Perlu Defrost Lama Daging & Ayam Di Sinki, Risiko Keracunan. Ini Cara Betul Dikongsi KKM!

IKLAN