“Makan Sebab Bosan,” Ramai Buat Kesilapan Ini Sampai Tak Sedar Badan Dah Berisi!

Share

Makan sebab bosan, itu salah satu alasan yang ramai sangat buat dalam amalan pemakanan. Ya, bukan lapar sangat pun tapi makan itu jadi satu tabiat!

Dan kalau tubuh badan semakin kembang, anda nak kata apa? Tak mudah nak hilangkan KG balik, itu anda kena ambil peduli. Jadi berpada-padalah menyuap makanan ke mulut. Jangan layan sangat perangai suka menyuap bila tak ada benda nak buat.

Makan Sebab Bosan

Bagi menjentik sikap anda yang kadang lupa diri itu, nah… kutip ilmu gaya hidup sihat daripada Doktor Kamarul Ariffin ini ya.

Ramai orang nak kurus, tapi terus amalkan diet tanpa tahu perkara asas tentang tatacara makan yang betul. Sebelum kira kalori, kira porsi, kena tahu ni dulu.

1. Jika terasa lapar, lakukan perkara ini:

Pastikan benar-benar lapar, dan bukan bosan. Ramai orang makan kerana bosan. Cuba buat aktiviti, jika lapar hilang, maknanya anda hanya bosan.

Pastikan anda bukan ketagihan manisan. Kalau baru saja makan, kemudian rasa nak cicip manisan dan kudapan, itu bukan lapar.

Minum segelas air kosong. Jika selepas 15 minit, lapar hilang, anda sebenarnya anda hanya haus. Kadang-kadang kita keliru antara haus dan lapar.

2. Jika dah pasti, barulah makan. Kemudian pastikan perkara ini pula.

Tidak makan sambil main telefon, atau tonton televisyen. Makan tanpa menikmati(lihat) makanan akan sebabkan anda makan lebih banyak.

Makan dengan kadar kepantasan yang tidak terlalu laju. Makan terlalu laju akan jejaskan kepuasan makan dan ganggu penghadaman.

Berhenti makan sebelum terlalu kenyang. Anda perlu beri cukup ruang dalam perut untuk minuman dan udara.

Jika ikuti cara ini, disusuli dengan penjagaan porsi makanan, senaman dan gaya hidup aktif, pasti boleh kawal berat badan.

Jadi sebenarnya terpulang pada anda, nak kejam dengan diri sendiri untuk pungut penyakit atau mula dari sekarang untuk menjaga pemakanan. Selamat berfikir!

Published by
Nadia