Jika sebelum ini hanya melihat orang lain dibawa pergi menaiki ambulan ke pusat kuarantin. Tetapi bagi lelaki ini tidak menyangka dirinya juga turut menerima pengalaman sama.
Perkongsian Zicko Syah yang memberitahu biarpun sentiasa mematuhi amalan SOP ditşetapkan, tetapi dia akhirnya turut bergelar pesakit Covid-19.
Menceritakan bagaimana dia berjuang untuk kembali sembuh dari virus Covid-19 stage 5, setelah menerima rawatan diberikan oleh pihak KKM.
Menurutnya dia mahu kisah ini dijadikan pengajaran kerana bagi Zicko Syah wabak ini bukan demam biasa, tetapi jika menyerang seluruh anggota badan boleh meragut nyawa.
Melawan covid-19 Stage 5 selama 30 hari !!!
Syukur Alhamdulillah aku sihat juga selama beberapa hari melawan virus covid-19. Ini antara serba sedikit pengalaman aku kena virus covid19 moga-moga ada yang baru dijangkiti atau yang belum kena jangkiti kita ambil iktibar.
Semoga kita dijauhkan dari dijangkiti virus ini, sebab ramai menganggap kalau terkena ini kena kurantin 2 minggu bagi panadol dan boleh balik ternyata tidak. Covid ada peringkat dia. Ini serba sedikit tahap jangkitan covid19:
Terdapat 5 peringkat klinikal COVID-19.
Tahap 1. tanpa gejala
Tahap 2. simptomatik dan tiada radang paru-paru
Tahap 3. simptomatik dan radang paru-paru
Tahap 4. simptomatik, radang paru-paru dan oksigen tambahan diperlukan
Tahap 5. sakit teruk dengan kegagalan multiorgan
Aku adalah sorang yang paling jaga sop, sampaikan kedai dan cod pun aku tak buka sebab risau kena jangkit. Ramai yang mesej macam mana boleh kena. Sebenarnya kalau mahu jawab soalan itu memang susah sebab kita tak nampak virus ini. Kita hanya boleh buat andaian kena di sana kena di situ tapi tak sahih. Usah buat andaian berteka-teki dengan pesakit berikan kata-kata semangat sudah memadai.
Sebenarnya sebelum kena masuk wad aku sudah demam on off makan panadol sihat lepas itu sakit balik. 5 hari juga aku tahan sakit di rumah. Lepas itu ada kekuatan sikit baru la pergi hospital, lepas chek doktor sahkan aku POSITIF COVID-19. Sedih juga tapi tawakal saja sebab mahu sembuh, aku kurang bernasib baik sebab aku mempunyai simptom yang teruk, ada jenis covid x symptom. Ini antara symptom aku:
* Demam
* Sakit kepala
* Hilang deria bau
* Sesak nafas
* Batuk
Lepas chek aku terus kena bawa di pusat kurantin Kota Belud. Malam pertama aku bergelut sendiri demam yang teruk sakit kepala , demam time itu teruk suhu 38.8. Sampai la malam ke 2 di pusat kuarantin d Kota Belud aku kena chek dan di bawa semula ke hospital KB untuk rawatan chek tekanan darah dan sebagainya. Pukul 3 am doktor maklumkan aku akan di hantar di HQE. Tepat pukul 4 am macam itu aku sudah start muntah-muntah pakaian habis basah lepas itu tukar baju hospital.
Pukul 5 am ambulance hantar dari Kota Belud ke HQE. Dalam perjalanan memang aku tak sedar time itu aku pakai bantuan alat pernafasan, sampai saja naik kerusi roda pergi emergency HQE. Tak menyangka time itu aku boleh terkena virus, bila tengok kiri kanan semua pakai PPE. Perasan time itu jangan cakap la takut pun ada sebab tahu covid ini mana ada ubat!!
Time di emergency aku kena chek jantung, paru-paru dan memang covid sudah serang paru-paru. Badan penuh dengan wayar time itu. Lepas 8 jam di emergency aku terus di bawa masuk wad biasa untuk hari pertama d HQE.
Malam pertama di wad biasa aku mula rasa demam tapi dalam keadaan terkawal. Hari kedua keadaan aku makin teruk nafas makin sesak. Malam tu juga aku dipindahkan wad , tingkat 3 di HDW( unit rawatan rapi ) sebelah dengan ICU.
Sampai di HDW baru oksigen aku dinaikkan lagi, sebab nafas makin sesak serius memang susah bernafas padahal aku tak ada sejarah asthma dan sebagainya. Keadaan aku makin terkawal di HDW. Keesokkan harinya keadaan aku makin sesak nafas dan ditukar lagi oksigen yang lagi tinggi. Macam-macam jarum kena serius sakit lagi-lagi kena jarum saraf nadi untuk chek tepat oksigen dalam badan.
Selama berapa hari di HDW, kencing & buang air besar semua di atas katil. Tapi aku jarang buang air besar time di HDW. Tapi pernah sekali aku buang air besar semuanya di atas katil. Paling risau adalah bab meneran bila-bila masa boleh sesak nafas. Ya, lepas meneran aku sesak nafas yang memang ampun.
Kasihan nurse semua dia orang yang buat bersihkan aku. Keluar juga air mata balik-balik aku ucap “ tq nurse” “ Tak apa dah bisa sudah kami yang penting kamu sihat” hanya Allah balas jasa baik dia orang selama aku di sana. Tq nurse dan doktor yang jaga aku di HDW HQE1. Sedih kencing dan buang air besar di katil .
Keadan pun semakin hari semakin ok. Aku boleh sudah bercakap dulu time masuk wad bercakap saja aku penat dan boleh sesak nafas. Tapi alhamdulillah makin ok. Doktor ada chek jantung dia cakap ada bengkak sikit dan takut paru-paru ada darah beku lepas itu dia orang akan buat ct scan untuk detail. Masuk terowong ct scan memang seram lagi-lagi masuk ubat dalam badan. Risikonya ubat itu boleh rosakkan buah pinggang tapi Alhamdulillah keputusan ct scan ok.
Alhamdulillah lepas berapa hari di HDW oksigen makin pulih dan paru-paru mula berkembang dan boleh bernafas dengan tenang. Tidak lama itu aku dipindah ke wad biasa tapi masih pakai bantuan alat pernafasan.
Setelah 4 hari di wad biasa perkara yang paling happy adalah aku tak perlu gunakan bantuan alat pernafasan. Syukur alhamdulillah dan selepas 11 hari di wad barulah merasa masuk toilet!
Paling happy bila dapat mandi. Ya Allah teruja mandi setelah 13 hari tak mandi. Menangis dalam toilet berdoa time mandi.
Alhamdulillah keadaan aku di wad biasa makin ok, cuma kadar gula dalam badan naik mungkin disebabkan ubat dalam badan dan selama di wad aku hari-hari kena insulin.
Keadaan aku semakin hari semakin ok di wad biasa. Alhamdulillah. Tapi tangan pula bengkak bekas jaram ( bengkak yang amat sakit ) ambil masa lama nak pulih keluar wad pun masih bengakak dan sambung makan antibiotic.
Selain bengkak bahu pula tisu koyak, memang sakit tak dapat tidur dalam wad. Tak tahu pasal apa mungkin terlalu banyak baring d wad atau sakit sudah lama. Lepas keluar wad aku sambung buat rawatan di biorehab, sekarang masih buat rawatan susulan di birorehab.
Pesanan untuk semua, Dont be selfish!!! Frontliners kerja siang malam tanpa rehat. Sudah setahun, ambil risiko yang sangat tinggi,kes makin naik,hospital penuh,ambulan smpai tak cukup.
Wang ringgit tak payah cakaplah berapa dah habis. Tapi masih ada lagi yang jenis dont care dont bother. Sebab apa, sebab tak kena dekat batang hidung sendiri.
Semoga doa yang ikhlas dari semua ini Allah makbulkan dan hapuskanlah musibah yang melanda kita semua. Dan selamatkan semua pesakit yang sedang bertarung dengan covid19 ini ya Allah.
Ameen YRA
Zicko Syah
Bekas pesakit covid19 Stage 5
Artikel Berkaitan: Pengurusan Kontak Rapat Covid-19 Di Rumah, KKM Kongsi 4 Langkah Yang Betul Perlu Dilakukan
Wanita Ini Kongi 16 Barangan Peribadi Patut Bawa, Jika Positif Covid-19 & Jalani Kuarantin Di MAEPS