Lepas 2 tahun bebas dah tak payah pakai pelitup muka dalam bangunan, hanya pilihan. Hampir 2 tahun sepanjang pandemik, kita diwajibkan memakai pelitup muka bagi mengelak dijangkiti virus Covid-19.
Malah pemakaian itu menjadi seperti rutin harian terutama jika berada di tempat awam atau khalayak ramai.
Dan hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup dijadikan sebagai pilihan berkuat kuasa serta-merta.
Artikel Lain: Bosan Dikata Mengandung, Wanita Nekad Diet Eat Clean & ‘Non Stop’ Buat Senaman Bakar Lemak
Artikel Lain:Bermula 1 Mei Tak Wajib Pakai Pelitup Muka, Tapi Digalakkan Untuk Kurangkan Penularan Jangkitan
Mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ketetapan baharu itu bagaimanapun terpulang kepada pemilik premis sama ada mahu menentukan pengunjung perlu memakainya atau sebaliknya.
Pengumuman terbaharu itu hadir selepas empat bulan kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan.
Namun begitu, menurut Khairy lagi pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di fasiliti kesihatan dan beberapa tempat lain di negara ini.
Beliau berkata, selain itu pelitup muka wajib dipakai sekiranya positif COVID-19 atau bergejala, menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.
Sumber: BH Online
Artikel Lain: Langsung Tak Ambil Gula, Makan Nasi Separuh. Rahsia Zaidi Omar Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun!