Lepas 2 Bulan Period Tak Henti, Wawa Zainal Buka Implanon. Ini Kelebihan Alat Cegah Hamil Yang Ramai Tak Tahu!

Share

Pelbagai cara dilakukan pasangan untuk merancang keluarga terutama bila sudah mempunyai anak ramai.

Ada yang menggunakan cara makan pil perancang, suntikan implanon dan juga teknik intra-uterine contraceptive device (IUCD).

Dan ada antaranya yang mempunyai kesan sampingan seperti pertambahan berat badan atau keluar darah period tanpa henti.

Masalah inilah dilalui oleh pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal yang turut mengalamai situasi berkenaan.

Dia yang sudan mempunyai empat orang anak merancang untuk menggunakan kaedah suntikan implanon bagi merancang keluarga.

Namun bercerita pengalaman selepas memasang rod implan dan mengambil pil perancang, Wawa, 30, menyatakan kesan sampingan yang sedang dihadapi sekarang adalah haid tidak teratur.

Katanya, sudah memasuki bulan kedua haid datang tanpa henti dan dia juga kerap berasa pening serta mual.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin memberitahu dia membuat keputusan untuk menanggalkan rod implan tersebut pada hari Khamis ini.

Ujar isteri kepada pelakon Aeril Zafrel, bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi jadi itu akan menyusahkan dirinya untuk melakukan ibadah itu dengan sempurna.

Dia yang melahirkan anak keempat, Muhammad Fahri, , Novemberlalu sudah mempunyai 3 anak lain, Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun, hasil perkomgsian hidup dengan Aeril.

Dah hampir dua bulan period non stop. Implanon tak ngam, Depo-Provera tak ngam, pil pun tak ngam. Pening dan mual kalau telan.

Wawa memang nak buka. Insya-Allah Khamis ini.. tak kuasa dah period non stop. Lagipun tak lama, kita nak masuk bulan puasa dah. Korang macam mana?

Menurut Wawa lagi, dia juga pasang implan sebagai perancang untuk jarakkan kehamilan.

“Bagaimanapun disebabkan kitaran haid tidak terkawal, saya rasa lebih baik buang sahaja. Sudah 2 bulan period saya tak henti.

“Kalau ikut doktor perlu tungu tiga bulan, Tetapi saya dah tak tahan. Jadi buka sahaja alat tersebut,” katanya kepada mStar.

Dia juga turut berkogsi masalah dengan pengikut di Instagram dan menerima respon pelbagai berkaitan pemasangan alat pencegah kehamilan itu.

Walau bagaimanapun Wawa juga tidak menolak jika diberikan rezeki anak kelima dalam masa terdekat. Cuma dia dan suami buat perancangan sendiri untuk jarakkan usia kandungan.

Kredit Foto: Instagram Wawa Zainal

Kelebihan Menggunakan Kaedah Implan

Ada beberapa kelebihan implan berbanding kaedah merancang kehamilan yang lain seperti suntikan dan pil perancang. Antaranya:

i) Keberkesanan yang sangat tinggi iaitu melebihi 99%.

ii) Tidak mengganggu penghasilan susu ibu

iii) Boleh bertahan hingga 3 tahun bagi sekali pemasangan. Tak payah suntik 3 bulan sekali atau makan pil perancang setiap hari lagi.

iv) Dapat kembali subur dengan cepat berbanding suntikan yang mengambil masa untuk mengembalikan hormon ke paras normal.

Simptom Kesan Sampingan Biasa Dihadapi:

  • Kitaran haid yang tidak tetap
  • Haid yang terlalus sedikit / banyak
  • Kenaikan / penurunan berat badan
  • Mood swing (perubahan emosi)
  • Jerawat
  • Sakit perut / loya

Selepas 3 bulan pemasangan biasanya akan ada temujanji dengan doktor untuk pantau kesan sampingan dan check kesesuaian pemakaian implan.

Artikel Berkaitan:

16 Tahun Rutin Bangun Pagi & Cukup Waktu Tidur. Rahsia Fasha Sandha Kekal Fit & Cergas Hingga Kini!

Ini Cara Buat Push Up Dengan Kedudukan Sempurna. Barulah Dapat Hasil Senaman Lebih Baik!

Salah Guna Produk Penyebab Breakout. Lepas 4 Bulan Berjaya Pulihkan Wajah Berjerawat!

Published by
Siti Zurina Mat Saman