Lana Nordin Buat Pembedahan Hidung, Berpuas Hati Habis RM166k

Share

Baru-baru ini, pelakon wanita, Lana Nordin mengakui berpuas hati dan gembira walau duit hangus RM166,000 bagi tujuan pembedahan kosmetik di bahagian hidung.

Menurut laporan Utusan

, Lana berkata yang pembedahan kosmetik yang dilakukan bukanlah bertujuan suka-suka sebaliknya disebabkan oleh masalah kesihatan.

Punca Lana Nordin Buat Pembedahan Hidung

Akuinya, sudah banyak kali buat pembedahan. Mula-mula menjalani pembedahan kosmetik beberapa tahun lalu kerana nak betulkan semula hidung yang senget akibat kemalangan motosikal di bangku sekolah.

“Kalau dikira, sudah lima kali saya lalui proses ini. Apa yang boleh saya kongsikan, dulu, teknologi tidak sama macam sekarang. Tempoh hari, saya ke Seoul, Korea Selatan untuk buat pembedahan hidung tetapi dengan menggunakan tulang rusuk pula.

“Berhabis sebanyak RM166,000, saya berpuas hati dengan hasil pembedahan. Tak rasa sakit langsung! Mungkin sebab teknologi pun sudah berevolusi. Saya harap itulah kali terakhir perlu jalani pembedahan,”

luahnya.

Tak Pandang Serong Orang Yang Buat Pembedahan Kosmetik

Berikutan itu, Lana tidak akan memandang serong mana-mana orang yang melakukan pembedahan kosmetik kerana merasakan mereka mempunyai alasan yang tersendiri.

“Secara peribadi, saya fikir tak salah pun jika seseorang itu nak tampil cantik. Kalau tidak, tak adalah semua orang pakai produk atau merawat kulit wajah atau pakai kosmetik. Satu yang saya tahu, jika buat pembedahan wajah atas faktor kesihatan itu dibolehkan,”

katanya lagi.

Lana tidak kisah dengan tohmahan dan kecaman netizen setelah secara terbuka berkongsi mengenai perkara itu kerana merasakan mulut orang itu tidak boleh ditutup dan pasti ada yang akan tetap mengata dan mengutuk dirinya.

Apa pun pilihan, Lana Nordin tetapi cantik jelita sampai sekarang!

Published by
Nadia