Kopi Bantu Kurangkan Risiko Penyakit. Tapi Pakar Nutrisi Pesan Penghidap PCOS Dinasihat Elak Ambil!

Share

Kopi adalah antara minuman paling digemari ramai. Sama ada kopi yang dibrew atau blend, sejenis minuman yang sangat menyenangkan.

Malah kopi juga dikatakan mempunyai antioksidan yang sangat baik boleh membantu mengurangkan risiko penyakit tertentu seperti jantung dan barah.

Namun begitu, bagi mereka yang ada mengalami masalah (Polycystic Ovary Syndrome) PCOS, sangat kurang baik Untuk dijadikan minuman harian.

Perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu kenapa sebabnya.

Kopi dan PCOSer

Kopi sebenarnya mempunyai tahap antioksidan yang sangat baik yang boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu (termasuk beberapa penyakit seperti penyakit jantung dan barah). Namun, untuk PCOS, kopi antara minuman yang kurang baik untuk dijadikan minuman harian kerana:

⁠Pengambilan yang berlebihan mungkin dikaitkan dengan risiko keguguran – Sekiranya anda hamil, anda harus mengehadkan pengambilan kafein hingga 200 mg sahaja sehari bersamaan dengan 2 cawan sehari.

⁠Boleh memburukkan masalah adrenal- Pengambilan kafein boleh meningkatkan hormon kortisol serta boleh memburukkan lagi rintangan insulin dan meningkatkan gula dalam darah. Ia juga dapat meningkatkan masalah ‘anxiety’ anda.

⁠Dapat meningkatkan kadar estrogen dalam badan dan menjadi dominan – Hormon estrogen yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan anda mengalami pendarahan haid yang berlebihan, mood yang tidak stabil dan sakit kepala.⁠

⁠Boleh mengganggu tidur anda – PCOS memang mudah mengalami masalah kesukaran untuk tidur, ditambah pula dengan minuman berkafein, ianya lagi boleh menyukarkan anda untuk tidur kerana minuman berkafein boleh mengurangkan hormon melatonin anda iaitu hormon tidur!

Boleh memburukkan lagi masalah pedih ulu hati (atau GERD) ⁠kerana kafein boleh meningkatkan acid perut anda.

Kesimpulannya, pengambilan kopi untuk PCOS banyak buruknya dari baik. Jadi, saya mengesyorkan satu cawan sehari sebanyak 50mg, atau kurang atau lebih baik tinggalkan kopi dan gantikan dengan teh herba.

Saya tahu ia agak mengecewakan bagi penggemar kopi, tetapi korbankanlah sedikit kesukaan anda untuk mendapat hormon yang lebih stabil dan badan yang lebih sihat!

Semoga bermanfaat!

#syazanutritionist

#pakarpemakananwanita

#jomsayheart

Artikel Lain:

Start Diet Bila Penyakit Datang Menyerang. 5 Bulan Berjaya Lenyapkan 25Kg Dari Berat Asal!

Bahaya 3 Hari Tak Tidur Malam, Petanda Insomnia Kronik. Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Atasinya!

Gagal Buat Pembedahan Plastik. Akibatkan Ratu Cantik Rusia Tak Boleh Tutup Mata & Senyum!

Published by
Siti Zurina Mat Saman