Katanya Kayap Ular Boleh Bersambung, Tapi Rupanya Hanya Mitos. Doktor Beri Penjelasan Lanjut! Sering berkongsi mengenai pelbagai ilmu perubatan di media sosial, Dr Ahmad Samhan tidak lokek memberitahu perihal pelbagai ilmu perubatan di media sosial.
Dalam satu perkongsiannya di laman twitter, beliau memberitahu kisah seorang pesakit lelaki yang mengalami kayap pada bahagian badannya.
Menurut Dr Samhan, seorang pesakit yang menggelarkan dirinya sebagai pakcik mengakui risau sekiranya dia akan mati selepas kayap ular pada badannya bersambung tidak lama lagi.
Artikel Lain: Nampak Lebih Muda & Kurus Lepas Kena COVID. Dr. Azizan Nekad Diet Sebab Alami Nafas Semput!
Jelas Dr Samhan, kayap ular terjadi disebabkan oleh virus Varicella-zoster iaitu virus sama yang menyebabkan chicken pox.
Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti oleh chickenpox boleh mendapat jangkitan kayap ular.
Tambahnya, selepas pesakit pulih daripada jangkitan chicken pox dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif) selama bertahun-tahun.
Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, dan menyebabkan lepuhan dan kayap.
Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular. Kayap ini biasanya akan menyerang satu saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja.
Setiap akar saraf mempunyai dua set yang sama untuk memberikan deria sentuhan di kedua-dua belah kiri dan kanan bahagian badan.
Artikel Lain: Rupanya Mandi Sebelum Subuh, Rahsia Anggun & Awet Muda Nasha Aziz Di Usia Cecah 51 Tahun
Maka, apabila virus tadi kembali aktif, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut. Memang agak mustahil juga untuk kayap ular itu mengelilingi badan kita.
Ia biasanya melibatkan bahagian dada dan muka. Ada segolongan kecil pesakit mungkin mengalami kayap ular di lebih daripada satu bahagian badan tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan serentak. Ia takkan bersambung. Itu semua mitos!
Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular. Tetapi rawatan perubatan yang betul mampu memendekkan jangka masa penyakit dan mengelakkan komplikasi.
1. Anti-viral – seperti Acyclovir. Ia penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.
2. Ubat tahan sakit – seperti NSAIDs untuk membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.
3. Krim antibiotik – sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.
Artikel Lain: Jaga Makan Saja Tak Cukup, Kenalah Aktif & Ceria. Rahsia Raja Ema Awet Muda Usia Separuh Abad!