Jenis Bra Ini Tak Elok Untuk Kesihatan Payudara, Jangan Sampai Salah Pilih!

Share

Sebelum anda keluar membeli, sila ambil tahu jenis bra yang elok untuk payudara. Dan proses memilih bra boleh jadi rumit jika anda tak tahu setiap perbezaannya.

Antara jenis bra yang ada di kedai ialah push-up, strapless, sport bra, sticky bra antara jenis-jenis bra yang dijual di pasaran. Setiap satu punya kelebihan dan fungsi masing-masing.

Menerusi portal Brightside, hampir 80% wanita memakai bra yang salah menurut bancian tahun 2008, malah sehingga ke hari ini ada wanita yang tidak tahu cara memilih dan mengukur bra di badan.

Kalau anda keliru tentang cara nak memilih ukuran, bayangkan betapa mencabarnya untuk mengetahui bentuk, sokongan dan keselesaan yang diperlukan untuk bra.

Jenis Bra Yang Ada

Ini antara beberapa jenis bra yang dijual di luar sana sebenarnya tidak elok untuk payudara dan keseluruhan tahap kesihatan  anda.

Zero Support Bra

Bra yang betul dan mempunyai sokongan yang baik akan menahan sakit leher dan bahagian belakang badan. Perlu anda tahu, payudara mempunyai berat sendiri dan jika tidak disokong dengan bra yang sesuai, maka otot leher dan punggung terpaksa bekerja lebih untuk menampung.

Bra Yang Tak Fit

Bra harus fit dengan betul, jika tidak, kamu boleh mengalami reaksi kulit atau masalah kesihatan. Sekiranya bra terlalu besar, maka geseran antara kain dan kulit boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Itu menyebabkan ketidakselesaan bila memakai bra.

Bila memakai bra yang terlalu kecil sampaikan ketat boleh merengsakan kulit atau menjadi lebih teruk. Beberapa penyelidikan berkata bra ketat berkait rapat dengan risiko peredaran darah yang lemah dan kanser payudara. Cuba elakkan perkara ini.

Bra Kain Sintetik

Disebabkan payudara adalah satu satu bahagian tubuh yang paling sensitif, anda kena pandai pilih material bra. Material jenis kapas mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan untuk pergerakan harian, jadi campurkan dengan kain sintetik untuk membantu menyesuaikan diri dengan rutin harian kamu seperti spandeks.

Sticky Bra

Sticky bra merupakan bra yang melekat pada payudara dengan bantuan gam. Bahan kimia tersebut tidak boleh bersentuhan dengan kulit kamu. Kerana sangat ketat, ia tidak memberi kulit anda peluang untuk bernafas.

Lebih teruk jika anda mempunyai kulit sensitif kerana gam, peluh, dan sesak nafas boleh menyebabkan kulit gatal dan timbulnya ruam.

Ini cara mudah untuk anda mengukur saiz pakaian dalam dengan betul supaya mendapat keselesaan sepanjang hari.

1. UKUR BAND SIZE
Inilah kalau tersalah pilih saiz, pasti akan rasa tidak selesa kerana akan berasa sedikit ketat di bahagian bawah dada.

Pastikan anda menggunakan tali pita pengukur dan berdiri di hadapan cermin supaya mudah untuk mendapat saiz ukuran yang betul. Jika anda mendapat ukuran yang ganjil, genapkan kepada nombor yang seterusnya.

2.UKURAN LILITAN PAYUDARA
Seterusnya adalah ukuran lilitan payudara. Ukuran lilitan payudara adalah bagi menentukan saiz cup bra yang sesuai.

3.TENTUKAN SAIZ CUP BRA

Haa.. ingat ya! Kalau nak membeli bra, sila pilih yang betul-betul berkualiti dan sedap bila dipakai. Jangan setakat cantik tapi tidak menyokong payudara dengan selesa. Nanti kesannya payudara cepat kendur dan kelihatan tak cantik.

Kredit info: Iffaannah

Published by
Nadia