Jangan suka-suka letak kaki pada ‘Dashboard’, jika kemalangan boleh cacat seumur hidup. Ada macam-macam cara untuk hilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan dalam kereta. Lagi-lagi jika memakan masa berjam-jam lamanya.
Salah satunya adalah tabiat dengan meletakkan kaki depan dashboad. Walaupun nampak santai tetapi rupanya ada bahaya menanti jika anda gemar bersikap begini.
Artikel Lain: Sebab ‘Ulat’ Terasa Macam Nak Cabut Hidung. Doktor Ini Beri Nasihat Rawat Masalah Resdung
Ini kerana sikap begini boleh mendatangkan kecacatan seumur hidup jika berlaku kemalangan.
Seperti perkongsian Public Health Malaysia yang turut memberi ingatan untuk menghentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Allahu.. bahayanya.
Perempuan-perempuan atau segelintir lelaki yang suka letak kaki di dashboard sudah boleh hentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Ini kerana perbuatan ini merbahaya dan anda mungkin cacat seumur hidup.
Air bag merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa anda ketika kemalangan. Kereta-kereta moden biasanya mempunyai airbag. Jika kemalangan impak dari depan, airbag dashboard akan terbuka.
Artikel Lain: Lepas 2 Tahun Bebas Dah Tak Payah Pakai Pelitup Muka Dalam Bangunan, Hanya Pilihan
Seorang ibu anak tiga meletakkan kakinya di atas dashboard semasa dalam perjalanan. Apabila kemalangan dari arah hadapan berlaku, Airbag mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas dan mengepit ke muka.
Mangsa lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar dari soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kakinya menyentuh hidung.
Agensi keselamatan menyarankan agar tidak meletakkan kaki di atas dashboard. Kerana anda mungkin mengalami perkara sama atau kepala lutut tersebut tembus ke lubang mata.
Sumber kredit : Public Health Malaysia
Artikel Lain: Rahsia Awet Muda Masuk Usia 50. Kakak Kris Dayanti Rajin Pilates & Pakai Masker Cegah Kedut Wajah!