Pernah atau tidak anda lihat seperti ada kesan berkerak atau daki di belakang leher.
Kalau dulu mesti emak atau ayah kita anggap kesan kerak dan daki di leher ini sebab tidak menjaga kebersihan diri.
Mulalah emak akan membawa pulang sabun keperti klorox dan akan sental leher dengan berus untuk menghilangkan kesan kotoran ini.
Bukan itu saja malah emak juga akan gunakan cecair alkohol untuk menyental leher dan pedihnya sampai kulit jadi merah dan kesannya mungkin masih ada hingga kini.
Namun sebenarnya itu bukanlah kesan kerak atau daki tetapi rupanya sejenis tanda awal penyakit kencing manis.
Kulit tidak sensitif kepada insulin akibat lemak dan berlebihan berat badan. Keadaan ini dinamakan Acanthosis Nigrocans.
Jadi kepada ibu bapa, diingatkan jangan sesekali beri anak-anak kesan trauma fizikal dan mental dengan menyental tubuh badan dengan bahan kimia.
Jika berlaku tanda ini pada anak, gunakan cara yang betul iaitu adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dan makanan manis. Selain itu cuba untuk mengurangkan berat badan dengan mula bersenam dan aktifkan diri.
Sumber: Public Health Malaysia
Artikel Berkaitan:
Senaman Ringan Antara Boleh Dilakukan Jika Kuarantin Kendiri Di Rumah, Untuk Elak Stress
Untuk Yang Tercicir, Ini Senarai Lengkap Pusat Pemberian Vaksin Secara Walk-In Di Lembah Klang