Jangan Panik. Doktor Ini Terangkan Apa Nak Buat Kalau Zip Anak Tersekat Di Kemaluan!

Share

Minggu lalu sepasukan bomba telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang tersekat kemaluan pada zip seluar selepas keluar dari tandas.

Dengan menggunakan peralatan khas usaha menyelamat ini berjaya dilakukan tanpa sebarang perkara buruk terjadi pada kejadian yang berlaku di Semporna Sabah.

Mengulas perkara ini, seorang Pakar Perubatan Kecemasan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Ahmad Zakimi Abdullah memberitahu panduan menyelamatkan mangsa yang mengalami situasi begini.

Artikel Lain: Doktor Ini Pesan 3 Bulan Guna Terus Tukar Berus Gigi. Jangan Biar Sampai Kembang!

Cara Atasi Masalah Zip Tersekat Di Kemaluan

“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan.

“Nape ni cikgu?” Tanyaku.
“Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik.

“Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu.

“Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.”

“Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?”

“Ayah dia on the way ke sini, doktor”

Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macamana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau.

Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.

Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan.

Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar;
1. Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa.
2. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit.
3. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah.
Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua untuk tahu anatomi zip.

KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL
1. Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit.
2. Cuba buka zip perlahan-lahan.
3. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit.
4. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera.

KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’
Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip (rujuk gambar ketiga)
1. Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty.
2. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas.
Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip (rujuk gambar keempat).
1. Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip.
2. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap.

Artikel Lain: Doktor Jelaskan Pengalaman Bersalin Hingga Anxiety, Antara Sebab Penyakit Vaginismus Atau Faraj Tertutup

KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP (rujuk gambar kelima)
Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar.
1. Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang seperti

dalam gambar).
2. Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar).
3. Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap.
Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.

Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan.
Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit.

Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya.
Dr Zek

Artikel Lain: Jaga Portion & Rajin Skipping. Rahsia Pasangan Kembar Ini Dapat Berat Ideal Sebelum Raya!

Published by
Siti Zurina Mat Saman