Jangan pandang remeh jika berdepan masalah hidung yang selalu berdarah dan berbau busuk.
Rupa-rupanya ini adalah petanda gejala ‘Rhinolith’. Situasi ini disebabkan manik atau bead yang termasuk dalam hidung tanpa disedari menjadi punca penyakit dan ketidkselesan masalah ini.
Perkongsian ini dijelaskan oleh Dr. Ezairy M.Sallih yang juga merupakan Pakar Bedah Telinga Hidung & Tekak, Surgeri Kepala & Leher.
Pesakit saya ni berumur 23 tahun. Hidung kirinya selalu berdarah. Kadang-kadang tu hidungnya berbau. Busuk.
Bermacam-macam ubat sudah dicuba, masih tak elok. Masih berdarah dan berbau. Kadang-kadang saja, tetapi peliknya tak ada pula simptom resdung lain.
Tak ada bersin-bersin, tak ada gatal hidung. Leher pun tak membengkak untuk kita suspect kanser. Semua macam biasa-biasa.
Saya periksa hidung beliau. Saya gunakan nasal endoscope bersama skrin tv, hidung kirinya sudah hampir tertutup. Ada kotoran hitam berbau di situ.
Perlahan-lahan saya bersihkan hidung beliau, sehingga saya menjumpai sesuatu yang tidak saya sangka.
Kawan-kawan.. jika anda ada tanda dan gejala seperti ini, anda mungkin bukan mengalami resdung, ia juga mungkin bukan disebabkan kanser. Tetapi ia mungkin sejenis penyakit dipanggil sebagai ‘rhinolith’.
Apa itu rhinolith? Rhinolith ini berlaku di dalam hidung apabila sesuatu objek atau apa-apa pun foreign body duduk lama dalam hidung akhirnya akan membentuk sebatian seperti batu rhinolith.
Pesakit akan mengalami gejala hidung berbau, mengeluarkan cecair, sesetengah kes boleh mengakibatkan jangkitan!
Semoga ada manfaat daripada kisah pendek ini.
Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Surgeri Kepala & Leher
Nota gambar : ini merupakan objek yang ada dalam hidung beliau. ‘Bead’ ni mungkin dah ada lama di situ. Lama-kelamaan jangkitan boleh berlaku, pembentukan batu seperti ‘rhinolith’ juga boleh berlaku.
Artikel Berkaitan:
Pernah Muntah Balik Sebab Takut Gemuk. Lepas 2 Tahun Wanita Berjaya Kurus, Amal Diet ‘Clean’!
Lewat Rawat Masalah Keputihan Penyebab Kanser Rahim & Boleh Undang Maut. Ini Langkah Pencegahannya!