Masalah yang sering berlaku bila setiap kali masuknya bulan Ramadan adalah bau mulut.
Walaupun dikatakan bau mulut lebih harum dari kasturi tetapi sebagai wanita bab yang satu ini perlu dijaga sebaiknya.
Malah masalah ini sebenarnya akan menyebabkan seseorang itu rasa rendah diri tika berhadapan dengan orang lain.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu cara untuk elakkan mulut berbau sepanjang Ramadan.
Menurutnya masalah ini berpunca kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa.
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
Kurangkan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
Ramai cuba kurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan dengan tidak ambil karbohidrat serta gula. Ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis dan menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit.
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Maka, gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan berus gigi. Boleh juga kumur dengan larutan pembersih mulut.
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada rongga hidung, sinus, gigi, lidah, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi, jumpalah doktor untum pemeriksaan.
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
Kesihatan dan Perubatan
Jemput follow jika ingin dapatkan informasi kesihatan yang sahih!
Artikel Berkaitan:
Tak Makan Nasi Tapi Tahan Puasa Selama 19 Jam, Caranya Amal Minum Susu Kurma Buat Sendiri
“Jangan Gelojoh Makan, Tip Elak Kembung Perut Lepas Berbuka Puasa” – Dr Zubaidi
Harga Mahal, Tapi Manfaatnya Besar. Kurma Ajwa Jadi Ubat Penyembuh & Penawar Racun!