Isu Rumah Tangga Punca Masalah Mental, Suami Kena Pandai ‘Beli Jiwa’ Isteri

Share

Rata-rata media sosial kecoh dengan isu rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof selepas pengakuan dibuat bahawa Ira Kazar adalah isteri kedua yang sah selepas bernikah di Thailand.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Syamsul menjelaskan bahawa Puteri Sarah masih lagi menjadi isterinya dan mengharapkan dia pulang ke rumah untuk berbincang mengenai isu rumah tangga mereka.

Namun tidak lama kemudian, Puteri Sarah pula memuat naik video bagi pihaknya susulan pengakuan daripada Syamsul Yusof. Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mempersoalkan tindakan suaminya yang seolah-olah meletakkan semua kesalahan padanya.

Isu Rumah Tangga Jangan Dibuat Main

Maka bermula lah perang emosi golongan isteri di ruangan komen, membanjiri dengan pandangan masing-masing. Tersentuh emosi membayangkan situasi seorang isteri membesarkan anak-anak selama ini. Dan sungguh, emosi orang perempuan ini ada kalanya bergantung kepada pasangannya.

Isteri boleh jadi tenang, gembira, sedih dan tertekan, ini semua bergantung kepada pasangannya.

Nak isteri sembunyikan apa yang dia rasa dan tidak membuka aib, isteri boleh buat. Isteri akan tahu di mana dan bila dia boleh berhenti untuk meluah dan pendam perasan sakit.

Tetapi pasangannya kurang ambil peduli dan tak faham isi hati, buat tak dengar dan tak mahu berkomunikasi dengan memilih untuk ‘menyekat’ atau kata lain lari dari masalah. Maka si isteri akan simpan sendiri dan makan dalam. Agak-agak apa yang dia rasa?

Lama-lama isteri akan tawar hati dan murung!

Berkait dengan isu rumah tangga ini, golongan wanita tak boleh dipersalahkan. Suami sepatutnya kena pandai ‘beli jiwa’ isteri, malah emosinya patut dijaga dan dibelai. Untuk tenang dan bahagia, dua pihak memainkan peranan penting.

Curang Dalam Perhubungan

Berbalik kepada tindakan Puteri Sarah Liyana, dia pernah memuatkan status di media sosial tentang hubungan toksik, “Curang adalah pilihan, bukan kesalahan. Curang ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir cara untuk tipu. Terlalu susah untuk curang. Lebih baik setia,” demikian petikan Puteri Sarah di Instastory miliknya suatu ketika dulu.

Merujuk portal Public Health Malaysia tentang isu curang, fasa bercinta merupakan “kilang” untuk melepaskan dopamin (hormon gembira) dan mencetuskan perasaan euforia. Ia juga boleh menyebabkan ketagihan kepada otak anda.

Ini antara kesan kepada kesihatan mental yang bakal berlaku kepada seseorang yang berdepan dengan masalah pasangan curang:

1. Menyebabkan anxiety
2. Stress berpanjangan
3. Hilang kepercayaan
4. Kemurungan

Apabila berlaku perselingkuhan atau kecurangan, rembesan hormon kegembiraan ini akan terhenti lalu menyebabkan rasa kesedihan yang amat sangat. Di tambah dengan perasaan marah ia sekaligus mengganggu laluan yang menyebabkan pembebasan bahan kimia ini dalam otak kita.

Isu perhubungan rumah tangga merupakan antara punca masalah mental dikalangan rakyat Malaysia.

Jadi sekiranya anda mengalami gejala kemurungan atau kebimbangan, dapatkan bantuan. Jangan disimpan dalam hati dan menangis sendirian. Lebih baik mencari bahu untuk bertenang dan melepaskan emosi yang terpendam.

Published by
Nadia