Ini Jenis Tudung Bawal Paling Bagus, Awning Kekal Tegak Tak Senget

Share

Masih ramai perempuan yang setia dengan tudung bawal sebab mudah dibentuk, tidak terlalu licin dan bahagian awning tudung tidak kelepet.

Eh, jangan main-main! Boleh hilang mood orang peempuan bila tudung tidak menjadi, apatah lagi bila anda sudah menghabiskan masa yang lama untuk siap.

Ini Jenis Tudung Bawal Paling Bagus, Awning Kekal Tegak Tak Senget

Pilihan fabrik tudung bawal antara yang paling penting selepas corak, warna dan jenama. Tidak semua fabrik sesuai untuk dijadikan tudung bawal kerana ia tudung yang wajib dilipat dua.

Tak tahu nak beli kain tudung bawal yang elok? Ini

jenis-jenis fabrik tudung bawal terbaik:

Japanese Cotton Voile

Fabrik kapas yang premium dan paling banyak menjadi pilihan jenama-jenama tudung bawal. Ia kain yang tidak berapa lembut atau keras yakni sangat baik untuk dibentuk dan tidak mudah renyuk. Kebanyakan tudung bawal yang menggunakan japanese cotton voile, dijual pada harga yang murah. Anda boleh pilih samada dalam warna kosong atau bercorak.

Silk Satin

Biasanya kain tudung dari jenis satin boleh beri kesan ‘pekak’ dan panas pada si pemakai. Pilih fabrik satin yang sedikit mahal seperti silk satin yang bukan sahaja cantik, lembut tetapi ia mudah untuk dibentuk awning dan drape di bahagian hadapan. Tekstur kilatan pada silk satin juga lebih minima dan memberi aura eksklusif pada si pemakai.

Chiffon Voile

Kalau anda tak suka tudung chiffon yang berat, panas dan terlalu licin, anda boleh cari tudung dari fabrik chiffon voile.

Ia antara tudung chiffon yang ringan dan sangat selesa di pakai sepanjang hari. Kain chiffon voile tidak terlalu jarang dan bahagian awning tudung mudah dibentuk walaupun licin. Kalau anda suka tudung bawal dari warna-warna pastel, fabrik chiffon voile wajib ada dalam almari.

Korean Chiffon

Fabrik tudung paling popular sekarang ialah korean chiffon! Seakan-akan fabrik satin tapi lebih ringan dan sedikit nipis. Namun anda jangan risau, fabrik ini tidak jarang seperti chiffon murah. Apa yang best, mempunyai pilihan warna yang terang dan cantik terletak bila dihampar pada bahu.

Namun selepas memilih kain tudung bawal yang paling best, mesti ada yang kurang jelas nak lilit bawal macam mana. Mungkin nak kelainan dan menutup aurat dengan betul. Cuba rujuk dua artis peempuan ini pakai, boleh lah anda gayakan Syawal nanti.

Ini Cara Mira Milzah Pakai Tudung Bawal

@nafamran Lepas ni raya semua style mira filzah la 🤍 #tutorialtudungbawalmirafilzah #mirafilzah #tudungraya #trendraya2023 #ramadhan2023 ♬ original sound – Nafaa

Cara Lisa Surihani Pakai Bawal

@lisasurihatiku Simple tu menawan kan 😍 #lisasurihani #raya2023 #ramadhan2023 #gayaraya #fyp #galeriariani #tutorialtudung #tutorialtudungbawal ♬ Lemak Manis – زم هوسقۏرنا🇲🇾

Okay kalau nak terletak elok pakai masa raya nanti, bila ke butik tudung atau ingin beli secara talian, jangan lupa semak dahulu jenis-jenis fabrik. Baru lah nanti bila pakai puas hati dan selesa.

Kredit Video: Mira Filzah dan Lisa Surihani

Published by
Nadia