Kurma antara yang makanan sunnah yang wajib ada sebagai stok di rumah sepanjang kita berpuasa.
Manfaatnya sangat besar kerana boleh membantu memastikan seseorang itu kekal bertenaga setelah seharian menahan diri makan dan minum.
Bagi mereka yang tidak mahu makan begitu saja, boleh mencampurkan kurma dalam hidangan bijirin seperti oats ataupun membuat jus kurma dengan campuran bahan lain.
Artikel Lain: Tak Makan Nasi Tapi Tahan Puasa Selama 19 Jam, Caranya Amal Minum Susu Kurma Buat Sendiri
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu bagaimana caranya membuat jus kurma yang dicampur bersama madu. Menurutnya, jus kurma madu ini sesuai diminum sebelum mengambil makanan berat.
Jom kita cuba jus kurma madu, untuk mendapatkan tenaga segera. Lepas minum jangan makan nasi dua pinggan nasi pula.
Sesuai dijadikan minuman sebelum solat maghrib, sebelum mengambil makanan yang lebih berat selepas solat.
Minuman ini lebih baik dari air kordial yang hanya mengandungi perasa kurma dan gula. Untuk mendapatkan nutrien yang banyak, ambil dengan serat kurma. Jangan dibuang.
Artikel Lain: Viral Video Gadis Kongsi Cara Bersih Kurma Buang Ulat. Tak Busuk & Boleh Tahan Lama!
Resepi jus kurma madu untuk satu orang minum.
Bahan-bahan:
3-5 buah kurma, buang bijinya, potong kecil-kecil
1-2 sudu madu
250 ml air air
Untuk mendapatkan pati kurma ada 3 cara. Pertama hanya rendamkan semalaman, cara kedua kisarkan dengan alat pengisar dan ketiga rebus.
Kemudian campurkan sedikit madu dan kacau. Kisar dengan alat pengisar jika menggunakan teknik rebus dan rendaman supaya halus. Jangan buang serat kurma.
Tuang dalam gelas
Boleh simpan dalam peti sejuk menanti waktu berbuka. Boleh dicampurkan sedikit ketulan ais atau hidangkan suam.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
Artikel Lain: Minum Pati Kurma Untuk Sahur, Gerenti Takkan Lapar Sampai Berbuka. Sesuai Untuk Diet!