Setelah berjaya dalam Program Imunisasi Covid-19 Keangsaan, kini kerajaan melalui Kementerian kesiahatan melaksanakan pula pemberian dos penggalak atau booster shot.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, penggalak ini akan diberikan kepada individu yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi.
Justeru beliau mengingatkan orang ramai akan mula menerima janji temu menerusi aplikasi MySejahtera dalam tempoh terdekat.
“Sekarang ini kita sudah mula program PICK Booster atau dos penggalak kepada penduduk di Malaysia dan mereka yang layak iaitu mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan juga mereka yang mempunyai komorbiditi akan menerima janji temu melalui MySejahtera.
“Apabila terima janji temu melalui MySejahtera, tolonglah hadir untuk mendapatkan booster dose anda. Ini akan meningkatkan perlindungan kita terhadap COVID-19,” jelasnya menerusi akaun Twitter.
Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bagi golongan rentan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelas Ismail Sabri, keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi.
Artikel Berkaitan:
Keutamaan Dos Ketiga Untuk Golongan Berisiko. Ini 5 Fakta Suntikan Penggalak Dr Malar, Perlu Hadam!
Sangka Bebas Kanser Rahim, Tapi Dikesan Kanser Usus Tahap 4. Wanita Kental Hadapi Dugaan!