Walaupun sedang hamil tidak menghalang seseorang bakal ibu itu untuk kelihatan cantik dengan turut menjaga kecantikan wajah.
Pelbagai lambakan produk yang dijual di pasaran secara offline dan online ini menyebabkan kita boleh rambang mata dengan menawarkan pelbagai harga menarik.
Namun begitu, perlu diingatkan agar wanita yang hamil untuk jangan lupa periksa label kandungan produk digunakan.
Ini kerana dikhuatiri mengandungi bahaya dan boleh menjejaskan janin dala kandungan.
Ikuti perkongsian oleh Pakar Obsterik dan Ginekologi, Dr Muhammad Izzat
yang mengingatkan ibu hamil perkara ini.Menurutnya walaupun produk berkenaan sudah dipakai bertahun-tahun tetapi perlu periksa kandungan di dalamnya.
Wanita yang sedang hamil, jangan lupa untuk check your skincare products ingredients.
Walaupun sudah guna bertahun-tahun lamanya, ada bahan yan terkandung dalam produk, yang mungkin not safe in pregnancy.
Ada 2 bahan yang perlu AVOID penggunaannya ketika hamil.
Retinoid and its derivatives
( adik beradik dan sedara mara retinoid )
Bahan ni berasal daripada vitamin A. Produk yang ada isotretinoin ( selalu digunakan untuk rawat jerawat ) boleh sebabkan kecacatan janin.
Walaupun kadar penyerapan isotretinoin sikit sahaja melalui kulit berbanding dgn produk yang dimakan —> Elakkan kedua-duanya i.e makan ataupun sapu. Ini lebih baik.
Don’t take the risk, please mothers
Prescription Retinoids ( memerlukan preskripsi Dr ) : adapalene & tretinoin – biasa guna dalam rawatan jerawat.
Non-Prescription retinoids ( tak perlu preskripsi Dr): retinol, retinaldehyde, retinyl palmitate-banyak terkandung dalam krim antipenuaan, krim cegah kedut atau krim malam.
Salicylic acid
Bahan yang mampu tembus liang-liang pori banyak terdapat dalam pencuci muka, serum, pelembab, sunscreen. Penggunaan terlampau banyak untuk tempoh jangka masa yang lama boleh sebabkan keracunan salicylate.
Tak ada kajian mengenai penggunaan salicylic in pregnancy ( so far ). Risk adalah rendah jika strength yang digunakan adalah rendah, ataupun exposure tak lama.
Bottom line : AVOID penggunaannya, unless produk itu dah tulis siap-siap, penggunaanya selamat untuk orang mengandung.
Produk yang bila pakai, nyamuk pun boleh tergelincir kalau singgah tu, elok tengok semula kandungannya.
Artikel Berkaitan:
Gigit & Jilat Punca Bibir Jadi Kering. Ini Tip & Produk Atasinya Elak Menggelupas Teruk!
Kulit Jadi Hitam & Menggerutu Sebab Ochronosis, Kesan Guna Produk Pemutihan Ada Racun Berjadual