Ibu Hamil Kategori Ini Tak Boleh Puasa, Risau Mudarat!

Share

Mesti ada ibu hamil yang keliru tentang kemampuan nak puasa pada bulan Ramadan nanti.

Sayang nak tinggal tetapi kalau mudarat pada bayi dalam kandungan, itu tak selamat ya!

Seperti selebriti terkenal, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor yang sedang hamil anak kedua, pasti rasa serba salah untuk berpuasa walau kandungan sudah besar.

Risau pula timbul kes yang melibatkan kesihatan ibu hamil terganggu dan menyebabkan kehilangan janin dalam kandungan.

Ibu Hamil Kategori Ini Tak Boleh Puasa, Risau Mudarat!

Jangan risau, anda boleh membuat keputusan yang tepat selepas baca perkongsian daripada Dr. Izzat

yang merupakan pakar sakit puan menjelaskan ada beberapa golongan ibu hamil yang tidak dibenarkan berpuasa kerana alasan tertentu.

“Sebenarnya ramai ibu mengandung tanya saya di klinik, boleh tak dia berpuasa nanti?”

Secara amnya, ibu mengandung yang TAK digalakkan untuk berpuasa adalah seperti berikut :

1) Ibu yang ada GDM dengan kawalan insulin.

2) Ibu yang berisiko tinggi untuk dapat darah beku ( Venous thromboembolism ), atau pernah kena VTE dan sedang diberikan ubat cucuk cairkan darah Clexane.

3) Ibu yang ada Ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) – ni untuk ibu yang mengandung dengan ubat kesuburan.

4) Ibu yang ada muntah-muntah teruk, tak kira pada awal pregnancy atau pada trimester lain.

5) Ibu yang ada pendarahan.

6) Ibu yang tak sihat – demam atau sedang dijangkiti covid.

7) Ibu yang bayinya ada masalah tumbesaran ( IUGR ).

8)Ibu yang mengandung kembar.

TIPS KETIKA BERBUKA DAN SAHUR

Atau apa jua keadaan yang doktor fikirkan bila berpuasa boleh memudaratkan kesihatan ibu. Untuk ibu mengandung yang boleh berpuasa, setelah dinilai oleh doktor, ada beberapa tips untuk anda :

1) Makan lebih dari 2x antara masa berbuka dan sahur. Pilih makanan seimbang dan berkhasiat untuk elak sembelit, masalah penghadaman, heartburn.

2) Untuk berbuka takda plan pemakanan khas tapi boleh try this :

Buka dengan 3 biji tamar + Jus buah ( boleh ganti dengan sup atau yogurt rendah lemak ). Sambung dengan makanan seimbang-ada salad, ulam-ulaman, ada protein dan complex karbohidrat. Food high fat and oily best to avoid!

3) Jangan tinggal sahur.

4) Elak minum teh/coffee masa sahur – caffeine boleh sebabkan you terkencing banyak and sekaligus senang kena dehydration. Nak puasa takleh minum air dah kan?

5) Pastikan minum air masak yang mencukupi sepanjang tempoh berbuka dan sahur.

Pesanan doktor: Jangan tanya saya sama ada anda boleh berpuasa ke tak di social media, masa jumpa Dr untuk check up/follow up tu boleh tanya doktor memasing. Bila saya tak periksa saya tak boleh cakap you selamat untuk berpuasa atau tak.

Selamat berpuasa mak-mak berbadan dua!

Published by
Nadia