Heliza Helmi Terkejut Hotelnya Bergoyang, Rupanya Ada Gempa Bumi!

Share

Penyanyi, Heliza Helmi yang kini berada di Indonesia berdepan detik cemas apabila berlaku gempa bumi pagi tadi.

Heliza menerusi hantarannya di Instagram, memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur.

Menurut Heliza, dia tersedar daripada tidurnya selepas merasakan tempat penginapannya bergoyang.

“Kakja tiba-tiba tersedar dari lena asbab daripada penginapan yang kami menginap bergoyang kuat.

“Mula-mula Kakja blur, apa yang berlaku sebenarnya.Tapi hotel bergoyang ke kiri kanan dan gegaran itu agak lama sampai pintu semua berbunyi,” kongsinya.

Tambah Heliza lagi, dia mengetahui gegaran itu disebabkan gempa bumi selepas menghubungi pihak hotel dan mecari maklumat di internet.

“Perkara pertama terus capai jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Selepas itu hubungi pihak hotel apa yang berlaku, depe beritahu ada gempa bumi. Innalilahi wanna ilaihi rojiun. Bila Google yang terkini, belum dapat update.

“Selepas beberapa minit Google balik, sohih, memang berlaku gempa bumi. Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ini alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan gempa bumi berskala 7.4 magnitud berlaku sekitar pukul 2.55 pagi waktu tempatan. Gempa bumi itu turut dirasai di sekitar kawasan Kuta dan Denpasar di Bali serta Lombok.

IKLAN