Guna Tudung Periuk Cuci Sofa Kotor, Jimat Duit Tak Payah Upah Orang

Share

Kalau ada anak kecil di rumah, tak pelik tengok sofa berubah jadi ada ‘peta’ sana sini. Nak-nak yang punya anak kecil, tumpah air atas sofa itu perkara normal.

Namun jangan risau, anda boleh cuba hilangkan masalah ini dengan tip yang dikongsikan oleh Arya cahya Oktavia, nampak lebih mudah untuk membersihkan sofa.

Jom kita lihat bagaimana caranya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Besen atau sebarang bekas untuk mengisi air

2) Dua hingga tiga cawan air panas

3) Sabun pencuci pinggan cecair

4) Pelembut pakaian (softener)

5) Tuala microfiber saiz kecil

6) Penutup periuk yang mempunyai pemegang

Cara membersihkan sofa:

1) Hamparkan tuala dan letakkan penutup periuk di atasnya, ikat ketat pada pemegang penutup periuk seakan membunjut.

2) Kemudian tuangkan kira-kira empat sudu besar cecair sabun pencuci pinggan serta pelembut pakaian ke dalam besen.

3) Masukkan air panas dan kacau campuran sehingga sebati.

4) Rendamkan penutup periuk yang sudah dibalut dengan tuala ke dalam bancuhan cucian.

5) Genggam pemegang penutup periuk dan gosok tuala pada permukaan sofa yang kotor.

6) Anda boleh ulangi langkah membasahkan tuala dan gosok pada permukaan sofa sehingga kotoran hilang atau memudar.

7) Selepas selesai, biarkan sofa mengering di bawah kipas.

8) Selepas kering, sofa anda akan menjadi bersih seperti baharu.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia