Golek Guna Bola Tenis Atau Rendam Dalam Air Herba, Alternatif Legakan Sakit Belakang & Tapak Kaki

Share

Golek guna bola tenis atau rendam dalam air herba, alternatif legakan sakit belakang & tapak kaki. Apabila seseorang berdepan masalah berat badan berlebihan pasti akan berdepan dengan situasi mengalami masalah sakit tapak kaki ataupun sakit belakang.

Jika alami masalah ini, akan menyebabkan rutin harian tergangu kerana ganguan sakit yang tidak menyenangkankan.

Salah satu cara untuk menghilangkan adalah dengan urutan tetapi cara ini hanya sementara dan sakitnya akan berulang kembali.

Golek Guna Bola Tenis

Artikel Lain: Petua Buat Air Rendaman Guna Bahan Dapur Legakan Sakit Kaki. Kesannya Macam Pergi Spa!

Namun perkongsian dari Public Health Malaysia ini boleh dicuba menggunakan tekni yang disarankan. Hanya guna bola tenis untuk mengurangkan sakit tapak kaki.

Permulaan melakukan teknik ini akan alami rasa sakit tetapi lama kelamaan rasa sedap dan berasa lega. Jadi bagi mereka yang ada masalah sakit tumit, sakiti bahagian bawah belakang dan otot-otot betis yang tegang boleh cuba teknik urutan ini.

1. Duduk tegak dan kaki di permukaan lantai.
2. Letakkan bola tenis atau massage ball di bawah tapak kaki.
3. Perlahan-lahan, golekkan bola tenis ke depan dan ke belakang.
4. Lakukan selama 3 minit.
5. Kemudian, ulang pada kaki yang sebelah pula.

Cara dilakukan ini mampu meregangkan tisu dan meredakan regangan otot, melegakan saraf yang terperangkan dan tingkat flesibiliti.

Artikel Lain: Rasa Kebas Menyucuk Tanda Hidap Slipped Disc. Boleh Bahayakan Nyawa Kalau Tak Segera Dirawat!

Atau Rendam Dalam Air Herba

Ada juga yang pernah berkongsi cara tradisional untuk menghilangkan rasa sakit pada tumit kaki ini. Cara dibuat seperti berada di spa dan boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.

Cuma kesannya bergantung pada individulah. Ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul betul berkesan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
– Garam
– Halba
– Serai
– Halia
– Lengkuas
– Daun limau purut
– Daun pandan

(Tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) – Sebenarnya boleh letak apa saja daun yang ada khasiat.

Alternatif Legakan Sakit Belakang & Tapak Kaki

Cara penyediaan:

Hiris atau ketuk bahan bahan di atas. Kemudian rebus sehingga mendidih.

Cara Penggunaan:

– Ambil air rebusan (termasuk bahan bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip. Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati

*Masa rendaman tu akan terasa seolah-olah kaki kita disedut-sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa.

#PS ini hanyalah penyediaan tradisional. Sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Artikel Lain: Hilangkan Tumit Kaki Merekah, 5 Minit Je Hasilnya Terus Bersinar. Hanya Guna 2 Bahan Dapur Je!

Kredit: Ruviantie Ruslan

Published by
Siti Zurina Mat Saman