Giliran Family Siti Sarah & Shuib Pula Positif Covid-19 & Kuarantin Di Rumah. Mohon Doa Bayi Dalam Kandungan!

Share

Umum mengetahui penyanyi popular Siti Sarah Raisuddin sedang sarat hamil anak keempatnya.

Namun siapa menduga, dia dan keluarga kini diuji apabila disshkan positif Covid-19.

Berita duka itu dimaklumkan penyanyi lagu Semakin itu menerusi laman Instagram (IG), tengah hari ini.

Siti Sarah dan keluarganya menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pembantu rumah disahkan dijangkiti pandemik berkenaan pada Ahad lalu.

“Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif COVID-19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada.

“Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah,” 

Walau bagaimanapun paling membimbangkan kerana Siti Sarah yang kini hamil tujuh bulan dan risau dengan bayi yang dikandung.

“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah.

“Doakan kami segera sembuh,”

Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG.

“Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,”

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sebaik muat naik posting ini, rata-rata rakan selebriti membuat hantaran komen mendoakan agar mereka sekeluarga kuat, selamat dan dilindungi Allah SWT.

ctdk Semoga terus diberi kekuatan & Allah swt permudahkan semuanya dik.. banyak banyak zikir

alyah81 Semoga sentiasa positif dan dipermudahkan segalanya sarah 🤲 dan seluruh keluarga…

elizadsharifuddin Allahuakhbar , moga cepat sembuh semua . be strong dear 

sariyanti Allahuakbar , please stay strong babe. Semoga u sekeluarga cepat sembuh dan dalam jagaan Allah swt selalu.. amin Allahumma Amin 

catrionabrianross Oh nooooo I doa semua nya dipermudahkan untuk u sekeluarga. Please take care. Speedy recovery .Inshaa allah

Kredit Foto: Instagram Siti Sarah

Artikel Berkaitan:

Rebecca Nur Islam Akhirnya Turut Positif. Setelah Hampir Tumbang Jaga Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19!

Selesai Terima Vaksin Covid-19, Ayda Jebat Kongsi Cara Dapatkan Tarikh Temujanji Melalui MySejahtera

Kes Makin Tinggi, Pesakit Covid-19 Terpaksa Letak Di Luar Emergancy Hospital. Bekalan Oksigen Pula Kena Kongsi!

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman