Model terkenal Gigi Hadid menerima ugutan dipercayai daripada pemerintah Israel susulan menunjukkan sokongan terhadap nasib menimpa rakyat Palestin di Instagram miliknya.
Gigi menerusi hantaran tersebut secara lantang mengutuk tindakan kejam rejim zionis terhadap penduduk di Gaza sehingga mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak.
“Mengutuk kerajaan Israel bukan bererti anti-semitik dan menyokong Palestin pula bukan menyokong Hamas,” tulisnya.
Disebabkan kenyataan itu, kerajaan Israel menyelar model kacukan Palestin-Belanda itu yang menyifatkan dia tidak tahu punca sebenar di sebalik serangan terhadap Gaza.
Rejim zionis itu mendakwa punca utama mereka membuat serangan balas apabila Hamas dikatakan bertindak kejam terhadap penduduk yang tidak bersalah termasuk kanak-kanak.
“Apakah kamu sudah tidur sejak seminggu ini? Atau adakah kamu tidak berasa apa-apa apabila bayi Yahudi disembelih?,” dakwa kerajaan Israel.
Ekoran daripada hantaran tersebut, rejim itu juga mengugut mahu mengambil tindakan terhadap Gigi dengan memantau gerak-gerinya selepas ini.
“Lebih baik kamu diam sebab sangat jelas kamu tidak tahu di mana anda berdiri ketika ini… Awas kami sedang mengawasi kamu,” tulisnya.
Bercerita tentang kecantikan kulit model ini, ada beberapa tip cantik yang dia amalkan dalam kehidupan hariannya.
Gigi Hadid menggunakan ubat gigi untuk mengeringkan jerawat. Menurut Gigi, ibunya mengajar sejak kecil untuk mengeringkan jerawat pada waktu malam dengan menyapu ubat gigi.
Gigi Hadid merupakan antara selebriti yang mempunyai kening paling cantik. Rahsianya jangan ubah bentuk kening semula jadi. Kemaskan bahagian atas atau bawah tapi jangan sesekali mengubahnya.
Untuk nampak lebih segar amalkan memcuci muka walaupun dengan hanya air biasa sahaja bila rasa kepenatan. Walau rasa penat macam mana sekalipun jangan tinggalkan amalan mencuci muka terutamanya sebelum dan selepas tidur.
Ramai gadis yang menenakan solekan dalam kehidupan seharian mereka. Begitu juga dengan Gigi yang sering sibuk dengan pelbagai sesi penggambaran. Jadi dia sentiasa mengenakan pelembap dengan banyak.
Bagi hari-hari biasanya, Gigi lebih selesa mengenakan solekan yang ringkas dan tak keterlaluan. Hanya menggunakan foundation, bronzer dan maskara.
Sebagai seorang selebriti yang sentiasa bergerak, Gigi memerlukan tisu basah dalam kehidupannya seharian. Ini bukan sahaja penting bagi membersihkan tangan daripada sebarang kuman tetapi boleh digunakan untuk mencuci kotoran debu di wajah.
Ya, Gigi Hadid bukannya immortal yang tak ada bau badan. Untuk deodoran dia lebih selesa menggunakan yang jenis clear gel kerana ia lebih selesa.
Sejak kecil Gigi sering dinasihatkan oleh ibunya untuk menjaga kulit wajah. Dan antara tip yang sering diamalkannya ialah bersolek hanya bila perlu.
“We are what we eat”. Pernah dengar istilah itu? Bagi Gigi dia sentiasa mengambil berat tentang pemakanannya dan sentiasa bersenam.
Percaya atau tidak, Gigi Hadid tidak membasuh rambutnya terutamanya dengan menggunakan syampu setiap hari. Tinggal di negera empat musim, Gigi memastikan untuk membasuh rambut selang sehari bagi memastikan ia menjadi sihat semula jadi.
Nampak semuanya senang, bukan? Nanti boleh lah anda amalkan untuk dapatkan kulit cantik macam Gigi Hadid. Yang penting sihat tanpa perlu mekap tebal.