Tidak dinafikan kita digalakkan untuk membuat pemeriksaan gigi setahun dua kali bagi memastikan kesihatan mulut dan sekitarnya terjaga baik.
Namun ada juga yang takut untuk pergi ke klinik gigi dek kerana kos rawatan yang mahal, temujanji lambat dan juga mahu segera selesaikan masalah berlaku.
Dalam satu perkongsian di laman twitter seorang doktor gigi @ArepJawa memberitahu pengalaman seorang lelaki yang membuat rawatan gigi palsu di tempat yang tidak sepatutnya.
Artikel Lain: Doktor Ini Pesan 3 Bulan Guna Terus Tukar Berus Gigi. Jangan Biar Sampai Kembang!
“Demi Jodoh, Aku Relakan”
Seorang lelaki berusia 52 tahun datang ke klinik untuk cabutan. Katanya gigi dah goyang sangat kalau makan sakit.
Apabila diperiksa, aku nampak sesuatu yang janggal.
“Encik, gigi palsu ini buat di mana?”
“Oh, saya buat di ‘swasta’ dekat KL.”
“Swasta? Swasta mana? Apa nama kliniknya?”
“Err…entahlah dr.”
Aku dah rasa semacam.
“Encik, dr tu buat di klinik atau sekadar di hotel, rumah atau bilik?”
“Oh haaa dekat hotel!”
Ya Salam! Sah ini doktor gigi palsu!
Terkejut aku tengok keadaan gigi pesakit ini. Ingatkan pendakap gigi & veneer saja ada palsu, rupa-rupanya gigi palsu (denture) pun ada yang palsu?!
“Berapa encik pasang macam ni?”
“RM500 saja dr….”
Mengucap panjang aku. Satu klinik dengar. Pembantu aku dah geleng kepala.
“Kenapa encik pasang & dah berapa lama pasang?”
“Saya pasang sejak 2 tahun lepas sebab nak berkahwin. Seganlah takde gigi. Bila dapat tawaran murah begini saya sambar terus”.
Artikel Lain: Hilangkan Sakit Gigi Guna Bawang Putih & Garam. Petua Simple, Tapi Berkesan!
Pengajarannya,
1. Jaga gigi dari awal lagi. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
2. Buat pemeriksaan berkala. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau ada masalah sekurang-kurangnya boleh cegah awal.
3. Jangan percaya doktor gigi yang buat rawaran di hotel/rumah/bilik.
Gigi palsu dekat kerajaan yang penuh atas & bawah baru RM100.
Kalau yang separa penuh tak sampai RM100 pun huwaaaa.
Kalau ada jumpa mana-mana doktor gigi palsu atau mereka yang memberikan perkhidmatan pergigian selain di klinik gigi, segera laporkan ke sini!
Sekali lagi aku kongsikan.
Kalau untuk pemeriksaan & cabutan sekarang dah tak perlu janji temu. Boleh masuk secara langsung.
Janji temu hanya untuk tampalan & cucian.
Nak tahu keadaan gigi & rawatan apa yang patut kita buat datang saja terus ke klinik dapatkan konsultasi.
Klinik kerajaan mana-mana lah. Kamu duduk mana? Pergi ke klinik yang berhampiran dengan kamu.
Klinik swasta pun boleh je masuk kalau sekadar nak buat pemeriksaan & konsultasi.
Artikel Lain: Usia Dah Masuk 30-an, Ini Ujian Kesihatan Perlu Buat Sebelum Terlambat. Salah Satunya Rawatan Gigi!