Kesihatan

Fatiya Latiff Hidap Penyakit Skizofrenia, Ini Apa Yang Anda Tak Pernah Tahu

Share

Ramai yang simpati, baru-baru ini pelakon sensasi, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menghidap penyakit skizofrenia.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu penyakit SKIZOFRENIA, ini sejenis penyakit mental yang serius di mana akan menganggu kewarasan seseorang individu.

Fatiya Latiff Hidap Penyakit Skizofrenia

Menurut tulisan Dr Firdaus Abdul Ghani dalam satu portal, penyakit mental jenis ini adalah kronik dan boleh berulang.

Walaupun kadar berlakunya penyakit skizofrenia tidak setinggi kadar penyakit kemurungan atau penyakit mental utama yang lain, tetapi boleh menjadi penyakit yang paling menjejaskan fungsi hidup sesorang individu, terutamanya jika tidak dirawat pada peringkat awal.

Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan keluarga.

Kenyataannya, saya sangat memohon maaf kerana telah menyusahkan ibu dengan penyakit skizofrenia.

“Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa. Saya berjanji saya akan menjaga diri dengan lebih baik dan akan meluangkan masa bersama dengan ibu,”

katanya dalam satu entri Instagram.

Ucapan Untuk Ibunya

Dalam perkongsian itu, Fatiya turut memuat naik gambar dia ketika berusia 23 tahun bersama ibunya dan ucapan hari jadi kepada wanita istimewa dalam hidupnya itu.

Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang merupakan manusia menakjubkan.

“Terima kasih kerana telah menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya.

Tular Gambar Dan Video

Sebelum ini, nama Fatiya hangat diperkatakan apabila dia kerap berkongsi gambar dan video berpakaian seksi serta berpelukan bersama beberapa lelaki.

Kalau ikutkan penyakit ini akan mempengaruhi pemikiran, perasaan serta tingkah laku seseorang. Adakalanya mereka kelihatan seperti berada dalam dunia mereka yang tersendiri serta tidak berpijak ke alam realiti.

Apa pun doakan yang baik-baik buat pelakon wanita ini agar sihat dan lembali pulih dari penyakit yang dinyatakan.

Published by
Nadia