Bagi peminat Raja Buah, durian, inlah masa untuk menikmati keenakan buah ini kerana musimnya telah kembali lagi.
Rata-rata kita lihat gerai menjual durian di kawasan sekitar yang menawarkan pelbagai jenis durian dengan harga berpatutan.
Dalam kita menikmati keenakan durian ini, sebenarnya ada beberapa perkara perlu kita ingat dan perlu ambil tahu agar tidak memudharatkan kesihatan.
Penjelasan Pakar Dr Suri Roowi ada memberi pesanan sebelum kita menikmati durian terutama pengambilan ubatan jika diserang demam.
Artikel Lain: Wanita Kena Tahu 2 Jenis Ketulan Payudara Tak Bahaya & Bukan Petanda Kanser
a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
b. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.
c. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi – 151
d. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital)
f. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya
g. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan
h. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.
i. Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, memakan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.
Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul
Artikel Lain: Guna Cara Mudah Hilangkan Stretch Mark, Tak Perlu Stres Memikirkannya
1.Sebelum ini, belum ada kajian khusus tentang kaedah untuk kurangkan bau nafas selepas makan durian.
2.Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang dilakukan ke atas bawang putih. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai sulfur, sama seperti durian.
4.Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya antikanser), tetapi, jika terlebih makan bawang putih @ durian, perut akan jadi kurang selesa.
5.Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA. Minum susu sebelum dan selepas makan bawang putih akan kurangkan bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu.
6.Minum susu segar sebelum makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding minum susu segar selepas makan bawang putih. Justeru, kaedah yang sama mungkin boleh dilakukan sebelum makan durian. Iaitu minum susu segar sebelum makan durian.
7.Makan durian bersama santan juga boleh bantu elakkan nafas berbau selepas makan durian. Ini kerana bahan sulfur durian akan diikat oleh lemak santan dan protein susu dan bantu kurangkan nafas berbau durian.
#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist
Artikel Lain: Kurang Makan Nasi Sejak Lahir Anak Pertama, Rahsia Amy Mastura Kekal Langsing & Awet Muda