Elak Sembur Nano Mist Spray Pada Manusia. Undang Risiko Kesihatan Termasuk Jejas Pernafasan!

Share

Oleh sebab pandemik Covid-19 masih belum reda dan kita sangat digalakkan untuk menjaga kawalan kendiri dengan SOP ditetapkan seperti kerap mencuci tangan, guna hand sanitise dan juga memakai pelitup muka.

Selain itu dikatakan penggunaan nano mist spray juga  turut dipraktikkan sebagai langkah pencegahan daripada dijangkiti virus ini jika masuk premis tertentu.

Namun adalah tindakan seperti itu selamat? Menyedari akan perkara tersebut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato Seri Dr. Noor Hosham Abdullah atau lebih popular dengan panggilan DG Hisham tampil memberikan penjelasan.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan, ‘Isu Keselamatan dan Keberkesanan Nano Mist Spray Sebagai Alat Disinfeksi’, beliau memberikan penjelasan yang cukup baik berkenaan penggunaan alat tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil berat isu yang dibangkitkan berkaitan keselamatan dan keberkesanan penggunaan nano mist spray sebagai alat disinfeksi ini.

Secara asasnya ia adalah alat penyembur yang menghasilkan titisan halus bersaiz nano. Ia digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri, bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan.

Digunapakai Sebagai Alat Disfeksi

Menurut KKM juga penggunaan alat sebenarnya semburan nano mist bagi tujuan disinfeksi tidak menggantikan keperluan nyahkuman permukaan secara manual.

Beliau menjelaskan lagi keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi digunakan serta tempoh masa pendedahan,” jelasnya.

Tambah Noor Hisham, pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi:

1. Alkohol 70 hingga 90 peratus

2. Hydrogen peroxide

3. Thymol

4. Quarternary ammonia

5. Larutan berasaskan klorin

*kesemua larutan ini berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.

Senarai larutan disinfeksi yang berkesan untuk SARS-CoV-2 boleh diperolehi atau dirujuk di laman sesawang US Environmental Protection Agency https://www.epa.gov/coronavirus/about-listn-disinfectants-coronavirus-covid-19-0

Boleh Jejas Pernafasan & Sistem Pencernaan

Satu fakta yang perlu diketahui tentang nano mist spray adalah larutan disinfeksi yang digunakan adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.

“Ini adalah kerana, sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan,” katanya.

Sumber: KKM

Artikel Berkaitan:

Hidung Berair & Tersumbat, Gejala Radang Sinus. Ini Cara Atasinya Elak Jadi Lebih Mudharat!

Giliran Remaja Pula Terima Vaksin Covid-19, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Bawa Anak Cucuk Ke PPV

Dah Hampir 2 Tahun Hidup Dalam Pandemik, Doktor Kongsi 7 Mitos Popular Vaksin Covid-19

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman