Selalu kita dengar antara tip bila anak sakit tekak waktu demam adalah beri makan aiskrim. Ramai yang praktikkan perkara ini tambah pula aiskrim memang senang anak nak makan.
Tapi apa yang ramai tak tahu, bukan semua aiskrim sesuai. Ada aiskrim yang boleh menyebabkan sakit tekak yang dialami oleh anak takkan reda. Info ini dikongsi oleh pegawai perubaan, Dr Mazliana Mazlan.
Menurut beliau aiskrim vanilla atau pelbagai perisa yang selalu diberi pada anak waktu demam tidak sesuai dan harus dielakkan. Beliau memberikan penjelasannya.
Elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim nilah sebenarnya mungkin buat radang tekak tak baik-baik.
Ais. Yang ini memang boleh kurangkan sakit. Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais. Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais.
Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak.
Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuan dia kan. Gula pulak tu yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan. Sakit tekak ni, biasanya sebab jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.
Walau yang buat sendiri kat rumah guna susu segar dan gula organik, tetap ada sumber radang dari susu yang boleh pekatkan kahak. Dan gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tak sihat.
Sebenarnya kan, dulu saya pun pernah beritahu pesakit cilik untuk makan aiskrim vanila sebab nak kurangkan sakit tekak. Belum dapat kesedaran tentang makanan proses lagi waktu itu. Sekarang, baru tahu semua ini.
Boleh saja kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat. Bagi aiskrim dari buah.
Blend sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit.
Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Gitu!
Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan kan. Kita cuba sama-sama ya.
Buat sendiri aiskrim untuk anak
Yang ni aiskrim buah betik. Blend je betik dan air, tambah madu. Masuk dalam aiskrim mould. Anak sakit tekak makan mesti kurang sakit dan radang tekak, insyaAllah.
Ini aiskrim dari buah naga dan pisang saja!
Aiskrim vanila saya buat ni, walaupun homemade, tetap ada susu dan gula organik. Dua sumber radang jugak. Elakkan waktu anak tak sihat ye.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mazliana Mazlan