Elak Buat 5 Perkara Ini, 1 Jam Sebelum Buat Ujian Air Liur. Kalau Tak Nak Sample Ditolak Makmal!

Share

Jika seseorang itu mengalami gejala ringan seperti demam dan selesema, eloklah segera melakuka ujian swab test di klinik atau hospital berdekatan.

Akan dilakukan ujian saringan menggunakan air liur kerana lebih sensitif, pantas dan mudah dilakukan.

Namun begitu sebelum melakukan ujian, anda diingatkan agar tidak melakukan beberapa perkara satu jam sebelum itu kerana bimbang sample ditolak makmal.

 

Menurut informasi Public Health Malaysia

saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah.

Tetapi ia bergantung kepada kualiti sample dan teknik yang digunakan. Persiapan untuk ujian air liur (saliva) bermula 1 jam sebelum ujian dilakukan.

Jangan makan dan minum , merokok, vape dan memberus gigi. Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti,

Ini adalah sebab paling kerap sampel air liur ditolak oleh makmal:

– Air liur bercampur dengan bahan asing lain

– Air liur terlalu sedikit (di bawah 1.0 mL)

– Perubahan warna akibat sisa minuman/ makanan (sepatutnya jernih)

– Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain

– Berbuih buih, sisa ubat gigi

Info Tambahan:

Baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90, manakala harga borong ditetapkan RM16, bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu disahkan positif atau tidak untuk jangkitan virus covid-19.

Jadi sangat digaakkan bagi setiap rumah untuk kita membelinya sebagai stok jika berlaku gejala awal seperti demam dan boleh terus lakukan sendiri ujian berkenaan.

Kit ini mudah digunakan kerana hanya memerlukan sampel air liur. Ia mampu dilakukan sendiri individu, dengan keputusan diperoleh cepat selepas 10 hingga 15 minit.

Artikel Berkaitan:

MySejahtera Perkenal Aplikasi Baru, Dapatkan Kit Ujian Kendiri Covid-19. Boleh Beli Secara Online Je!

Untuk Kulit Sensitif, Jangan Pakai Jeli Petroleum Sebelum Tidur. Elak Masalah Jerawat Timbul!

Pakar Jelaskan Ibu Dijangkiti Virus Covid-19 Tak Vaksin, Berisiko Lahirkan Baby Bermasalah

Published by
Siti Zurina Mat Saman