Elak 9 Jenis Makanan Ini, Bukan Saja Tak Berkhasiat Tapi Buat Anda Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar  

Share

Selain menjaga kecantikan wajah, kita juga digalakkan untuk menjaga pemakanan. 

Penjagaan makanan yang sihat dan seimbang penting untuk kita menjalani kehidupan yang sempurna. Bila badan sihat, akan terpancarlah wajah yang ceria.

Namun jika pemakanan tidak dijaga rapi, penampilan diri akan nampak lesu dan tidak bermaya. Dan itulah menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia sebenar.

Untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, ada sembilan jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak dalam diet harian.

Percayalah jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan di kemudian hari.

1. Minuman Berkarbonat

Seperti yang kita semua tahu, minuman berkarbonat adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin tidak sedar yang anda telah mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap minuman berkarbonat.

Minuman berkarbonat ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air putih, teh hijau serta jus buah-buahan dalam diet harian anda.

2. Minuman Kafein Berlebihan

Seperti minuman berkarbonat, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi O tanpa menambah susu, krimer atau gula.

3. Produk Yang Kaya Dengan Tepung

Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di bleached dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

4. Roti, Kek & Pastri

Roti keju yang besar dan mufin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.

Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

5. Makanan & Minuman Pek Segera (Instant)

Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi?.

Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.

 

6. Makanan Dalam Tin

Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

7. Makanan Bergoreng

Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.

Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.

8. Makanan Segera

Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.

9. Snek Buah

Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses.

Artikel Berkaitan: 

Elak Makan Petai Berlebihan Boleh Sebabkan Gangguan Buah Pinggang, Semak 3 Lagi Kesannya  

Selain Bantu Turunkan Berat Badan, Buah Kiwi Juga Atasi Masalah Semput. Semak 6 Lagi Khasiat Lain!   

Cantik & Kekal Langsing, Che Ta Dedah Rahsianya Amalkan Minum Jus Buahan Buat Sendiri     

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman